Maklumat Program
Tarikh Program: 18 Februari 2019 - 23 February 2019.
Lokasi: Dewan Resak Kolej Tun Dr Ismail.
Anjuran: Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA).
Jawatan Disandang: Peserta.
Atribut Siswazah:
- Berdaya Usaha.
- kebolehsesuaian.
Penyerahan Sijil
Laporan Mini
Penglibatan Diri
Pada 18 February 2019, Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) dari School of Computing telah menganjurkan sebuah program SUSKOM khas untuk penglibatan pelajar-pelajar dari sekolah Komputeran. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 6 hari perjalanan program. Antaranya adalah program Esports seperti pertandingan FIFA,PUBG dan Mobile Legends. Saya telah melibatkan diri sebagai peserta dalam pertandingan FIFA. Saya telah berjaya meraih kedudukan naib johan dalam pertandingan ini dan menerima sijil pertama saya sebagai pelajar dari sekolah Komputeran.
Pengisian Aktiviti
Program ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut.Pada hari pertama adalah perlawanan mengikut kumpulan manakala pada hari kedua adalah pusingan kalah mati. Semua peserta yang terlibat akan berkumpul di Dewan Resak KTDI untuk menunggu giliran masing-masing untuk bermain dan boleh juga menonton dan memberi semangat kepada pemain-pemain yang lain.
Atribut Siswazah
Antara atribut yang menjadi fokus saya dalam program ini adalah sikap berdaya usaha. Sebagai pemain saya haruslah senantiasa berdaya usaha untuk melagkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam pertandingan tersebut dan saya berjaya sehingga ke perlawanan akhir dalam pertandingan ini.
Atribut yang kedua yang menjadi tumpuan saya adalah kebolehsesuaian.Sebagai pemain saya seharusnya berkebolehan menyesuaikan diri saya dengan corak perlawanan yang berbeza daripada pemain-pemain yang berbeza
Refleksi Kendiri
Antara impak positif yang saya perolehi dari aktiviti ini adalah saya berjaya meningkatkan tahap berdaya usaha saya ke tahap yang lebih bagus. Namun begitu saya juga berjaya memupuk sikap untuk berdaya usaha dengan orang lain secara sihat dan tidak terlalu ekstrem. Di samping itu, saya juga berjaya mempraktikan sikap kebolehsesuain saya dalam situasi yang berlainan.Misalnya, dalam aktiviti ini, saya perlu menyesuaikan diri saya dengan peserta-peserta yang berlainan yang mempunyai corak permainan yang berbeza-beza.
Antara kelebihan yang saya perolehi dengan menyertai program ini adalah dapat mengenali pelajar-pelajar senior dari sekolah komputeran dengan cara yang sangat santai.Ini adalah salah satu pendekatan yang efektif untuk bergaul dengan pelajar-pelajar senior luar dari kawasan fakulti. Sebagai naib johan dalam pertandingan ini, saya semakin dikenali oleh pelajar-pelajar senior yang lain dan kami bergaul rapat meskipun setelah tamat program. Saya berjaya meluaskan skop pergaulan saya dengan pelajar-pelajar lain.
Antara cabaran yang saya hadapi adalah gemuruh di permulaan program. Hal ini adalah kerana saya adalha pelahar tahun satu dan masih tidak ramai kenalan pada ketika itu. Namun begitu, sepanjang program ini berjalan, saya berjaya mengawalnya dengan mengenali peserta-peserta lain yang bersaing dengan saya dan saya menjadi lebih selesa dan diterima.