Maklumat Program
Tarikh Program: 11 Oktober 2019
Lokasi: Johor Outdoor Urban Paintball Arena
Anjuran: Kelanasiswa
Jawatan Disandang: Peserta
Atribut Siswazah
- Kemahiran Berkomunikasi
- Kemahiran Berfikir
Image gallery
Laporan Mini
Penglibatan Diri
Pada 11 Oktober 2019, Persatuan Kelanasiswa telah menganjurkan pertandingan Paintball secara terbuka kepada Pelajar-Pelajar UTM bertempat di Johor’s Outdoor Urban Paintball Arena. Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap sukan lasak. Program ini adalah program seharian yang berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 Petang. Di dalam ini saya terlibat sebagai seorang peserta dan Program ini adalah program berkumpulan dan saya menyertai program ini bersama rakan-rakan sekelas.
Pengisian Aktiviti
Sebelum program bermula, semua kumpulan diberi taklimat berkaitan cara-cara permainan, peraturan bermain dan aspek-aspek keselamatan yang perlu diutamakan. Permainan ini dibahagikan kepada empat kumpulan dan juara dari peringkat kumpulan akan maju ke pusingan kalah mati.Malang sekali ,kumpulan kami tewas di peringkat kumpulan. Namun begitu, pengalaman dan keseronokan yang dirasai adalah sangat berharga dan telah berjaya menanam minat saya terhadap sukan-sukan lasak seperti ini.
Atribut Siswazah
Antara atribut yang menjadi tumpuan saya dalam program ini adalah kemahiran berkomunikasi. Memandangkan program ini adalah acara berkumpulan, sudah semestinya saya mahu mengasah kemahiran berkomunikasi saya bersama ahli kumpulan saya.
Di samping itu, sukan seperi ini memerlukan kemahiran berfikir yang kritikal untuk mencapai kemenangan. Kami sebagai sebuah kumpulan haruslah mempunyai kemahira berfikir yang tinggi dan tindakan yang pantas.
Refleksi Kendiri
Ini adalah kali pertama saya menyertai sukan Paintballl dan secara keseluruhan memang banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi. Program ini telah membuka mata saya betapa pentingnya untuk berkomunikasi dalam kumpulan sebelum, semasa dan selepas sesuatu pusingan. Walaupun pada awalnya kami agak perlahan dalam berkomunikasi tetapi selepas perlawanan pertama kami sudah mula berkomunikasi dengan baik dan efektif. Di samping itu, sukan seperti ini juga melatih kemahiran saya untuk berfikir dan ketangkasan dalam mengambil sesuatu tindakan. Saya adalah lebih peka dan pantas mengambil tindakan sepanjang program berjalan.
Antara kelebihan saya dalam aktiviti ini adalah saya berjaya mengawal diri saya untuk tidak panik dan terburu-buru dalam membuat tindakan . Saya berjaya untuk bertahan dalams sesuatu permainan hingga ke saat akhir sehinga ahli lain telah dikelukan atapun pasukan lawan berjaya menang.
Pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang program ini. Antaranya adalah terpaksa menyarung pakaian yang kurang selesa dan menyebabkan saya sukar bergerak ketika sedang beraksi dalam perlawanan.Namun begitu, lama kelamaan saya berjaya menyesuaikan diri saya. Seterusnya adalah ini adalah kali pertama saya bermain paintball jadi saya kurang mahir untuk menggunakan senjata tersebut dan pergerakan saya agak lambat pada awalnya. Selepas beberapa perlawanan dan mendapat tips dari pasukan saya, saya lebih selesa dengan permainan ini.