Maklumat Program
Tarikh Program: 1 Oktober 2018
Lokasi: Kuala Lumpur
Anjuran:Technology and Information System dengan kerjasaam UTM.
Jawatan Disandang: Peserta
Atribut Siswazah:
- Kemahiran Berfikir
- Warga Global
Industrial Visit
Laporan Mini
Pada 1 oktober 2018, kursus SCSP1513 (Technology and Information System) telah menganjurkan lawatan industri ke 2 buah syarikat iaitu ADAX dan CIMB. Lawatan ini adalah khusus kepada pelajar SCSP tahun 1 yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap perkembangan dan kemajuan Sistem Teknologi dan bagaimana syarikat-syarikat besar seperti ini beroperasi. Perjalanan bermula dari UTM dan kami tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 6 pagi dan kami berehat di sebuah masjid berhampiran dengan bangunan ADAX.
Destinasi pertama adalah di bangunan ADAX (Asian Data Analytics Exchange. Kami ditempatkan di sebuah bilik di salah satu tingkat di bangunan itu dan kami berada dalam suatu forum perbincangan dan maklumat tentang latar belakang dan peranan ADAX. Pelajar juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada wakil ADAX dan jemputan yang hadir. Sesi ini bertujuan untuk memberi pengenalan awal kepada kami tentang “BIG DATA”, System Development dan banyak lagi. Lawatan kami di bangunan tersebut disudahi dengan jamuan tengahari dan sesi bergambar.
Destinasi seterusnya adalah di bangunan CIMB HQ. Kami juga telah ditempatkan dalam sebuah bilik untuk sesi forum bersama chairman CIMB Malaysia. Antara input yang berjaya kami perolehi adalah tentang latar belakang syarikat dan cara syarikat beroperasi. Seterusnya, sei soal jawab antara pelajar dan panel panel yang hadir turut berlangsung dengan jayanya.
Saya sebagai salah seorang pelajar dari kursus SCSP1513 ini merasakan bahawa ini adalah lawatan yang sangat bermakna dan tidak akan dilupakan. Sebagai seorang pelajar, saya kini lebih jelas dengan peranan saya dalam bidang Komputer Sains.
Refleksi Kendiri
Program dan lawatan ini sememangnya membuka mata saya terhadap kepentingan ilmu Sains Komputer dan kegunaan ilmu-ilmu tersebut pada dunia sebenarnya. Sebelum menghadiri program ini, pengetahuan saya tentang bidang ini adalah sangat terhad. Namunbegitu, selepas menghadiri program ini, perspektif saya adalah lebih luas apabila mempelajari sesuatu ilmu tentang komputer Sains.
Di samping itu, saya juga berjaya menerapkan sikap ingin tahu dan mengambil isi-isi penting yang diperolehi dari kedua-dua lawatan yang saya hadiri. Ini bertujuan untuk saya membuat pencarian saya sendiri berkaitan perkara yang menarik minat saya daripada lawatan tersebut. Seterunsya, memudahkan saya untuk membuat laporan lengkap yang berpandukan maklumat-maklumat yang tepat bedasarkan lawatan industri.
Antara cabaran yang saya hadapi semasa lawatan industri ini adalah saya tidak mempunyai persediaan tersendiri kerana ini adalah lawatan pertama saya ke syarikat -syarikat besar seperti ini. Saya berasa sedikit gemuruh kerana tidak mempunyai apa apa pengetahuan tentang latar belakang syarikat tersebut. Namun begitu, disebabkan lawatan kami berjalan dengan lancar disertakan dengan sesi forum yang santai, saya bersa lebih selesa dan lebih menikmati lawatan tersebut.