UHIS1022 - 73 Philosophy and Current Issues

Lecturer: Dr. Abdul Halim Zulkifli

This course is about the understanding of philosophy, namely epistemology, metaphysics and ethics which discuss in the context of current issues. This course also includes the relations between philosophy and the National Education Philosophy and the Rukun Negara. 

Throughout the course, there are a total of 8 chapters and also two kinds of assignments. My lecturer had assigned the tasks during the first week and the tasks included some research regarding the current issues and also about some of the chapters which we choose specifically, Rukun Negara.

 
 

Image

What I learnt?

  1. Pengenalan Falsafah
  2. Falsafah dalam Kehidupan
  3. Logik dan Kaedah Berfikir
  4. Psikologi Sosiologi
  5. Metafizik
  6. Epistemologi
  7. Ideologi
  8. Dekolonisasi

Kajian tentang Isu Semasa (Keberkesanan Pembelajaran Atas Talian)

Pembelajaran Atas Talian (e – pembelajaran) merupakan sebuah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio. Disamping itu, ia juga menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara berkumpulan dan dibantu oleh pengajar dalam bidang tertentu secara atas talian.

 

OBJEKTIF

  1. Menyenaraikan kepelbagaian cara pembelajaran atas talian.
  2. Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa proses pembelajaran atas talian.
  3. Mengenal pasti keberkesanan pembelajaran atas talian terhadap individu-individu yang terlibat seperti pelajar, tenaga pengajar, institusi pengajian dan kerajaan.
  4. Mencadangkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi semasa pembelajaran atas talian agar proses pembelajaran menjadi lebih efektif.

 

Dapatan Kajian (Soal Selidik dalam Talian) - GOOGLE FORM

Gangguan ketika pembelajaran secara atas talian

Picture4.png.2Picture6.png.1Picture5.png.1
Cadangan untuk menyelesaikan masalah

Picture11.png

Poster Kajian

Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi negara yang telah dibentuk oleh Majlis Gerakan Negara selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa telah melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Lima prinsip yang terkandung di dalam rukun negara jelas menunjukkan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

 

Matlamat Rukun Negara

  1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
  2. Memelihara satu cara hidup demokratik.
  3. Mencipta satu masyarakat yang adil apabila kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
  5. Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017).

 

Rukun Negara Sebagai Ideologi: Huraian 5 Prinsip Rukun Negara

 

Report Penuh (Rukun Negara)

More course details

Pembentangan Kajian

Pembentangan bersama pautan video (Rukun Negara)

Refleksi RSS

Sepanjang Pembelajaran Kursus

Melalui kursus ini, terdapat banyak perkara yang saya pelajari terutama sekali tentang masalah isu semasa. Penekanan pensyarah terhadap kerja kursus membuatkan saya lebih peka terhadap isu semasa. Selain itu, kursus ini juga mengajar saya tentang cara pembentukan seorang insan yang berguna. Oleh itu, saya lebih memahaminya dan berharap agar saya dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. 

Seterusnya, Rukun Negara menjadi pilihan kumpulan saya kerana masyarakat masa kini terutama sekali belia, kurang penghayatan terhadap rukun negara. Oleh itu, pemahaman yang jelas terhadap prinsip ini mampu memberi impak yang positif terhadap individu terutama sekali dalam mengukuhkan perpaduan kaum. Selain itu, kajian tentang keberkesanan atas talian menjadi pilihan utama kumpulan saya kerana hal ini sangat rapat dengan diri setiap individu terutama sekali pelajar. Wabak COVID-19 ini telah banyak mengubah kehidupan seharian manusia. Oleh itu, tahap keberkesanan bagi alternatif lain dalam menjalankan kehidupan seharian perlulah di ambil perhatian agar perjalanan hidup dapat diteruskan dengan norma baharu.

Details