Bab 1
Bab ini membincangkan definisi etika dan peradaban , etika daripada perspektif individu, etika daripada perspektif masyarakat, etika daripada perspektif negara, etika daripada perspektif sejagat , prinsip asas etika dan penghayatan.
Peradaban dikaitkan dengan “tamadun” dari bahasa arab. Etika merupakan nilai kepada masyarakat berperadaban dan ia adalah seiring dengan peradaban kerana masyarakat bertamadun dikaitkan dengan masyarakat beradab. Dalam perspektif peradaban barat, etika berasal dari perkataan Greek “ethos” dan ia merupakan satu set prinsip-prinsip moral yang menentukan sesuatu tindakan adalah betul atau salah.
Dalam perspektif peradaban india, etika dikenali sebagai ‘nitisastra’ (Bahasa Sanskrit) yang merupakan sebahagian daripada konsep “Rta”. Konsep “rta” dikaitkan dengan konsep melaksanakan perintah dan peraturan yang dikenali sebagai “dharma” dan konsep tindakan manusia yang menuruti perintah tersebut yang dipanggil sebagai “karma”.
Dalam perspektif peradaban China, etika adalah berdasarkan takrifan confucius. Etika ialah nilai kebaikan berasaskan lima prinsip utama ‘wuchang’ iaitu ‘ren’ (kebajikan dan kemanusiaan), ‘yi’ (kebenaran atau keadilan), ‘li’ (cara yang betul), ‘zhi’ (pengetahuan) dan ‘xin’ (integriti).
Dalam perspektif peradaban arab , etika adalah tingkah laku yang menggambarkan sifat dan budi pekerti dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa berasaskan kepada ajaran Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan hadith.
Sebagai individu, etika itu menjadi panduan hidup mereka demi mencapai matlamat mereka. Sebagai masyarakat, etika menjadi panduan kepada masyarakat untuk membentuk tingkahlaku individu dalam masyarakat berkenaan. Sebagai rakyat , kita haruslah mengamalkan nilai-nilai etika dan moral.Pelanggaran terhadap nilai etika dan moral berkenaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang Negara. Etika sejagat yang diterima dan diamalkan di peringkat antarabangsa,dikatakan dapat mencegah kekerasan keganasan antara manusia kerana mempunyai pelbagai standard etika yang boleh diaplikasikan kepada semua manusia tanpa mengira kaum, budaya, agama, jantina, kumpulan umur, politik, kelas sosial atau ekonomi.
Kesimpulannya, Setiap tamadun mempunyai maksud dan interpretasi etika yang tersendiri dan etika dalam setiap tamadun ini mementingkan tingkahlaku dan pemikiran manusia dalam membezakan perkara baik dan buruk.
Bab 2
Bab ini membincangkan tentang teori etika klasik, teori etika moden, dan kegunaan teori dalam kehidupan kita.
Teori klasik dikenali sebagai teori kebaikan kerana Aristotle menganggap bahawa etika dan politik adalah saling berkaitan di mana etika adalah mengenai kebaikan individu sementara politik pula lebih kepada penumpuan hal-hal kebaikan dan kecekapan pentadbiran sesebuah negara. Pembangunan kecemerlangan (kebaikan) merupakan satu cara untuk mewujudkan kelakuan yang beretika. Perspektif falsafah etika Aristotle adalah kebaikan moral, empat kebaikan utama(kebijaksanaan, kawalan kendiri keberanian, keadilan), keadilan dan kemuncak kebaikan. Selain itu, Aristotle juga memperkenalkan konsep “eudaimonia” iaitu pencapaian terbaik sebagai manusia dalam pelbagai aspek seperti kebaikan, kebahagiaan, beretika dan kehidupan yang bermakna kepada diri sendiri, masyarakat, makhluk ciptaan Tuhan yang lain dan alam semesta.
Dalam sejarah terdapat dua teori utama iaitu teori teleologi dan Teori Deontologi. Teori teleologi merupakan teori klasik manakala teori deontologi adalah teori modern berdasarkan pemahaman saya. Terdapat dua aliran dalam teori teleologi iaitu aliran Egoisme dan Utilitarianisme. Pendirian aliran egoisme in mengenepikan kepentingan kesan kepada pihak lain tetapi terlalu menumpukan kepada kesan terhadap dirinya sendiri. Aliran Utilitarianisme pula berpegang kepada prinsip yang mengatakan bahawa seseorang individu itu harus melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberikan kebahagiaan atau kesan yang baik kepada orang ramai dan tidak terhad kepada diri sendiri.
Teori Deontologi pula, ia berkaitan dengan tugas atau kewajipan. Ia menekan lebih kepada tanggungjawab atau kewajipan yang harus dilakukan oleh seseorang individu dan tidak menekankan kepada kesan sesuatu perbuatan.Kelemahan teori ini adalah tidak menyediakan satu sempadan yang jelas pelaksanaan prinsip kebaikan sejagat oleh itu penentuan sesuatu tindakan adalah bermoral atau tidak adalah tidak jelas. Selain teori deontologi dalam etika moden, terdapat juga teori keadilan oleh John Rawls dan teori hak asasi oleh Locke. Teori Keadilan menerangkan konsep sistem keadilan sosial di mana beliau mentakrifkan keadilan itu sebagai kesaksamaan. Teori Hak asasi diwujudkan kerana Locke percaya kepada hak asasi manusia untuk hidup, memiliki kebebasan, dan harta benda.
Semua teori-teori adalah amat berguna dan kita haruslah memahami, mematuhi dan mengamalkannya. Adalah dikatakan teori-teori etika ini dapat menyelesaikan dilema etika, mengenalpasti tanggungjawab etika dan juga membantu dalam proses membuat sesuatu keputusan. Dalam bab ini, saya telah kenal beberapa teori-teori etika. Asalnya, saya tidak mempunyai kefahaman bahawa teori-teori etika wujud. Saya berpendapat bahawa teori keadilan dan hak asasi amat penting kerana ini akan mencegah kami daripada perbuatan tidak beretika terhadap kita dan mempunyai sesuatu yang dapat membela atau melindungi kami semasa seseorang melakukan kejahatan terhadap kita. Saya lebih setuju dengan teori deontologi kerana saya berasa kewajipan lebih efektif berbanding berfikir tentang kebaikan yang akan datang kepada orang lain. Hal ini kerana secara paksa atau sukarela mereka akan melakukannya jika mereka wajib melakukannya. Jika fikir tentang kebaikan sesuatu perkara , mereka akan berfikir saya tidak melakukannya pun tidak akan mendatangkan keburukan dan kemungkinan mereka tidak akan melakukannya.
Bab 3
Bab ini membincangkan etika dan peradaban dalam kepelbagaian tamadun islam dan melayu.Etika Islam dikaitkan dengan istilah ‘akhlaq’ atau jamak daripada khuluq di dalam bahasa Arab.Etika Islam adalah tingkah laku semulajadi atau kebiasaan individu yang dipancarkan hasil daripada keadaan jiwa seseorang individu tersebut serta tanpa pertimbangan pemikiran terlebih dahulu. Sumber etika islam adalah dari Al-Quran dan Al-Sunnah. Nilai-nilai etika islam adalah amanah,tolong menolong,pemurah dan sabar. Orang yang amanah merupakan orang yang bertanggungjawab dan dipercayai oleh orang lain dalam melakukan sesuatu perkara.Setiap manusia haruslah menjalankan amanah mereka terhadap masyarakat dari sudut perkhidmatan, saling tolong-menolong, bekerjasama, bercakap benar, bersikap ihsan, serta mengeluarkan zakat dan bersedekah. Orang Islam diwajibkan mengamalkan tolong-menolong sesama keluarga, jiran sesama Islam dan jiran bukan Islam. Dalam nilai pemurah, kita patulah mengamalkan amalan membelanjakan harta mereka dengan ketulusan hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran atau pujian. Nilai sabar merupakan nilai ketahanan diri daripada melakukan perkara-perkara jelik yang didorong oleh nafsu kepada perkara-perkara yang disukai. Etika dalam tamadun melayu dikaitkan dengan adat. Adat berperanan sebagai panduan kepada masyarakat Melayu untuk mengatur perilaku mereka dan digunakan untuk menjamin dan memelihara keamanan, keharmonian serta kesejahteraan sosial. Selain itu, etika dalam alam Melayu juga dikaitkan dengan istilah adab iaitu tindakan atau perbuatan yang dipraktikkan secara wajar, tepat dan sesuai hasil daripada jasad, hati serta akal manusia yang terdisiplin .
Kepercayaan masyarakat Melayu adalah Animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Masyarakat Melayu sebenarnya lebih kuat dipengaruhi oleh agama Islam.Kedatangan Islam telah mencetuskan revolusi dalam mengubah pandangan masyarakat Melayu tentang keyakinan mereka terhadap kewujudan roh-roh, semangat serta dewa-dewa. Selain itu, kedatangan Islam juga mengubah stratifikasi sosial masyarakat Melayu iaitu daripada mempercayai bahawa raja itu adalah jelmaan dewa-dewa kepada khalifah (wakil Tuhan) di bumi. Nilai-nilai etika peradaban Melayu adalah halus budi pekerti dan bahasa, memuliakan ibu bapa dan orang tua, kesetiaan kepada pemimpin, mempertahankan serta membela keadilan dan kebenaran, mementingkan maruah mementingkan harga diri, bermuafakat, tolong menolong dan amanah.