UHIT2302 - PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Aktiviti Dalam Kuliah (ePortfolio 1)

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi dari sudut:

  • Kandungan utama
  • Relevansi dengan bidang pengajian
  • Jangkaan manfaat
  • Komitmen dan sumbangan

PST UTM 19/20

Details

Kandungan Utama

Pada mulanya, saya menjangkakan bahawa kursus ini mengajar tentang teknologi sahaja. Sebagai contoh, perkembangan teknologi dari era kebangkitan masyarakat Islam hingga kini, cara menggunakan teknologi dengan berhemah serta kesan teknologi kepada masyarakat.

Namun jika dilihat dari kandungan utama, kursus ini tertumpu lebih kepada sejarah dan ketamadunan yang membangkitkan zaman teknologi. Sejarah ini juga bukan hanya tertumpu di Malaysia, malahan seantero dunia.

Perkara ini sebenarnya memberi kejutan besar buat saya kerana saya menganggap kursus ini tiada kaitan sama sekali dengan sejarah. Walaubagaimanapun, saya agak teruja kerana ingin menerokai lebih banyak ilmu tentang teknologi yang pernah wujud pada zaman dahulu.

Relevansi dengan bidang pengajian

Kursus ini sebenarnya amat penting dalam mendidik jiwa para teknologi masa kini untuk menjadi 'technologists' yang professional. Hal ini demikian kerana kita perlu menghargai jasa-jasa tokoh terdahulu dalam mencipta kemudahan ini untuk kegunaan sejagat. Terdapat juga tokoh Islam yang terkenal dalam penciptaan teknologi seperti Ibn Firnas; pencipta kapal terbang. Maka, kursus ini akan melahirkan rasa menghargai para pencipta dan mengingatkan diri akan tidak menggunakan teknologi ke arah yang salah.

Jangkaan Manfaat

Dalam dunia modenisasi ini, kita lebih cenderung untuk melupakan tentang asal usul sesuatu, terutama para pencipta teknologi. Jadi, kursus ini akan dapat memberi manfaat kepada penuntutnya. Misalnya, kita akan rasa lebih bersyukur kerana kita boleh merasai dan menggunakan teknologi yang canggih pada masa kini. Tanpa mereka-mereka yang memulakannya, pasti dunia tidak akan sehebat ini.

Komitmen dan Sumbangan

Secara am nya, kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini akan dapat memupuk nilai-nilai murni yang akan disebatikan dalam diri setiap individu. Hari ini, kita dapat lihat bahawa teknologi banyak digunakan ke jalan yang salah. Tambahan pula, aktiviti jenayah masa kini banyak menggunakan platform atas talian. Oleh itu, kursus ini akan mengajar kita supaya jangan menyalahgunakan teknologi supaya semua orang akan mendapat kemaslahatan daripadanya, bukan keburukan.