UHIT2302 - PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Aktiviti Dalam Kuliah (ePortfolio 2)

Analisis terperinci hubungan Sains & Teknologi dengan kemanusiaan

Apa itu Sains & Teknologi?

  • Sains merupakan ilmu yang mempelajari alam semesta beserta seluruh isinya. Seseorang yang mahir dalam bidang sains dikenali dengan sebutan saintis.

 

  • Teknologi adalah suatu sarana yang digunakan untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Teknologi merupakan penerapan sains yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, pada era konvensional sebelum ini tiada lagi alatan pembedahan yang moden untuk pembedahan pesakit di hospital. Hal ini membuatkan para pesakit merasa lebih pedih kerana ketiadaan ubat bius. Namun dengan adanya perkembangan sains dan teknologi, alatan pembedahan menjadi semakin 'mesra pesakit'.

Hubungan Sains & Teknologi Dengan Manusia Mengalami Evolusi

Merujuk kepada definisi evolusi itu sendiri, evolusi merujuk kepada perubahan unsur dalam sesebuah perkara. Dalam konteks Sains & Teknologi dengan manusia, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat banyak perubahan yang ketara terutama dalam peradaban manusia.

 

Kita lihat satu contoh dari segi penggunaan teknologi moden melalui aspek telekomunikasi perhubungan dan pengangkutan. Dengan adanya perkembangan Sains & Teknologi pada zaman ini, maklumat boleh dikongsi dan dihantar dengan begitu mudah melalui platform atas talian dan jaringan Internet. Selain itu, pengangkutan moden yang membolehkan manusia bergerak dengan pantas dan selamat turut memberi impak yang jelas dalam evolusi ini. Tiada lagi perkhidmatan kereta kuda ditawarkan untuk bergerak ke sana sini. Hanya perlu melancarkan aplikasi Grab, dan pemandu akan sampai di tempat anda.

Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis - Rediscovered History

Dokumentari ini membincangkan tentang misteri sebuah bandar yang tenggelam di dalam lautan. Bandar yang dikenali sebagai Dwarka, India ini menyimpan 1001 rahsia yang sukar dirungkai. Panel pengembara, Amish Shah telah pergi ke bandar ini untuk mencari kebenaran tentang bandar ini. Menurut kajian beliau, pada tahun 1960an sehingga 1980an kerajaan India telah menjalankan ekskavasi untuk mencari bandar yang tenggelam tersebut. Namun pencarian itu terhenti atas sebab yang tiada siapa tahu. 

 

Menurut Dr. Krishnan, seorang pensyarah arkeologi di salah sebuah universiti tempatan beliau mengatakan bahawa pemberhentian tersebut terjadi atas faktor politik. Walaubagaimanapun beliau tidak dapat menentukan kesahihannya. Banyak lagi perkara yang boleh menjadi faktor misi ini terhenti.

 

Amish juga mengajukan persoalan berkaitan pembangunan pada zaman tersebut. Jika benar bandar itu wujud seperti yang tertulis dalam Mahabrata, bagaimanakah masyarakat kuno mampu membina sebuah bandar yang mempunyai bangunan tinggi? Apakah teknologi yang mereka gunakan sehingga mencapai kejayaan seperti itu? Adakah kita masih ketinggalan dengan teknologi yang ada pada zaman itu? Justeru, panel pengembara perlu menggali maklumat dengan lebih dalam untuk menjawab segala persoalan tentang Dwarka.

Documentary

Details