Pemikiran Sains dan Teknologi

Pemikiran Sains Teknologi (e-Portfolio 1)

Tanggapan terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi :

1. Kandungan utama

               Tanggapan saya terhadap kursus ini dari sudut kandungan utama ialah kursus ini menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Kursus ini juga menjelaskan anjakan paradigma, peranan sains dalam kehidupan, etika dan nilai dalam pemikiran sains dan teknologi, penyelesaian holistik terhadap isu-isu semasa dan sebagainya.

2. Relevansi dengan bidang pengajian

               Pada pendapat saya, sebagai seorang mahasiswa bidang sains komputer, saya fikir kursus ini adalah penting dan berkaitan dengan bidang pengajian saya. Hal ini demikian kerana kursus ini mendedahkan pelajar kepada pemikiran sains dan teknologi. Oleh itu, saya dapat berfikir di luar kotak serta secara rasional dan dapat membantu saya ketika membuat program komputer.

3. Jangkaan manfaat

               Jangkaan manfaat saya terhadap kursus ini adalah membolehkan saya menghargai segala perkembangan sains dan teknologi selepas mengetahui sumbangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh dahulu. Selain itu, saya juga dapat berfikir dengan matang dan rasional dan menyelesaikan masalah yang akan dihadapi dengan lancar dengan menghadiri kursus Pemikiran Sains dan Teknologi.

4. Komitmen dan sumbangan

               Komitmen dan sumbangan saya terhadap kursus ini ialah saya akan menyelesaikan segala tugasan yang diberi dan belajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat mengaplikasikan ilmu Pemikiran Sains dan Teknologi dalam kehidupan seharian.