Pengenalan
Falsafah dan Isu Semasa adalah satu kursus yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan falsafah dan membincangkan isu-isu yang penting. Perbincangan juga dibuat berdasarkan perspektif falsafah dan peradaban. Melalui projek kajian luar dan webinar, kami menjadi lebih peka terhadap isu sekeliling. Bukan itu sahaja, projek berkumpulan ini memberi kami pengalaman untuk bekerjasama dalam kumpulan serta berkongsi pendapat yang berbeza untuk menjayakan sesuatu projek dan ahli kumpulan adalah Eddie, Singthai, Ong Han Wah dan saya.
Refleksi
Dalam kursus Falsafah dan Isu Semasa, cita-cita saya adalah untuk mempunyai ilmu yang mendalam terutamanya ilmu tentang falsafah negara. Saya juga ingin membina fikiran yang kritis dan matang semasa menyelesaikan masalah. Justeru, saya akan peka dengan isu semasa dengan mengenal pasti dahulu kebenaran berita tersebut sebelum berkongsi dengan orang lain. Saya juga akan sentiasa berfikiran rasional dan kreatif semasa menghadapi masalah yang rumit.