NOR ASMIRA AZLI's portfolios

Tanggapan Awal Terhadap Kursus Pemikiran Sains dan Teknologi (PST) - UICL2302-10 My E-Portfolio 1

Nama: Nor Asmira Binti Azli

Nombor Matrik: A18GH0069

Nama Pensyarah: Dr. Sulaiman Bin Kadikon

 

Kursus Pemikiran sains dan teknologi ( PST) ialah subjek baru yang diperkenalkan dalam beberapa tahun dan diwajibkan diambil oleh semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Kursus  ini mengariskan mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini.

1.0 Tanggapan awal

    Tanggapan awal saya terhadap kursus ini dari sudut kandungan ialah akan belajar mengenai kemajuan teknologi dalam segi IT, perubahan dari segi ekonomi iaitu perubahan sistem bater, perubahan dari segi nilai mata wang  dan perubahan zaman iaitu perubahan sejarah hidup dari zaman purba hingga zaman moden.

    Selain itu, tanggapan saya juga mengenai kursus ini ialah pembelajaran mengenai sains dan teknologi. Hakikatnya kursus ini mengaris semua aspek misalnya belajar mengenai peningkatan dan kejatuhan sesuatu tamadun, peralihan zaman bukan setakat ilmu sains dan teknologi sahaja.

    Antara kandungan yang dipelajari dalam kursus ini ialah

  1. Manusia dan pemikiran
  2. Perkembangan ilmu zaman pertengahan
  3. Ekosistem keilmuan Islam
  4. Agama, pemikiran sains dan teknologi
  5. Pemikiran sains dan teknologi merentas sempadan
  6. Pemikiran saintifik saintis muslim
  7. Peradaban paradigma pemikiran saintis barat
  8. Pemodenan sains dan teknologi
  9. Revolusi industri dan kesannya terhadap kemanusiaan
  10. Etika dan nilai dalam pemikiran sains dan teknologi
  11. Menginsankan sains dan teknologi

 

2.0 Tanggapan dari segi relevansi dengan bidang pengajian

    Tanggapan dari segi relevansi dengan pengajian ialah sangat relavan sebab ia membuka minda para pelajar mengenai pembangunan teknologi dan ketamadunan.  Malahan daripada kursus ini juga, para pelajar dapat memahami lebih mendalam mengenai sejarah zaman dahulu yang dapat dijadikan ibrah kepada kita semua pada masa akan datang dalam pembangunan negara. Hal ini kerana pembangunan negara bergantung kepada generasi muda. Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya " Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada ini adalah dari Kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan dating adalah sebuah negara yang aman makmur " baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur" tetapa jika keadaan sebaliknya maka bersedialah  untuk berdepan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku". Oleh itu, generasi muda perlu diasuh teladan yang baik dan diberikan penghayatan untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang wawasan 2020.

 

3.0 Jangkaan Manfaat

    Dari segi jangkaan manfaat pula ialah dapat membuka minda pelajar untuk mencontohi kemanjuan peradaban tamadun yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Misalnya hasil dari pembelajaran topik Agama,pemikiran sains dan teknologi.Kota baghdad berkembang dengan pesat disebabkan oleh mengaplikasikan agama dalam islam dan kejatuhan mereka disebabkan oleh mengabaikan agama. Konklusinya, mengaplikasikan agama dalam kehidupan seharian sangat penting kerana ia dapat memberi impak kepada kehidupan seharian kita.

    Selain itu, hasil dari pembelajaran topik ekosistem keilmuan Islam.kita dapat simpulkan bahawa menguasai ilmu itu sangat penting dalam pembangunan sesuatu tamadun, iaitu kita boleh melihat dimana pembangunan tamadun islam disebabkan oleh kota baghdad berkembang pesat dengan penduduknya menguasai ilmu.

    Malahan menguasai ilmu sangat penting kerana daripada penguasaan ilmulah dapat meningkatkan kemajuan tamadun. Misalnya dalam topik 5 iaitu pemikiran sains dan teknologi merentas sempadan kita dapat lihat beberapa tokoh islam yang memperkenalkan beberapa teknologi baru pada zaman dahulu misalnya Al-Biruni memperkenalkan kincir air 

 

4.0 Komitmen Sumbangan

    Saya berharap hasil daripada kursus ini dapat memberi sumbangan kepada orang ramai.Misalnya, cuba untuk menguasai pelbagai ilmu dan sebanyak mungkin dan memberi manfaat kepada orang ramai contohnya menjadi pendidik ataupun berkongsi ilmu yang dipelajari kepada orang ramai.Memanfaatkan teknologi yang telah dihasilkan dan diproduktif lagi agar dapat menjadikan negara kita lebih maju dan berdiri teguh bersama dengan negara-negara maju.

    Akhir sekali, sumbangan generasi muda sangat penting dalam pembangunan negara agar setanding dengan negara maju dan berharap apa yang dipelajari diaplikasikan. Sumbangan generasi muda kepada negara dapat dilihat dalam bidang ekonomi dan sosial.  Hal ini kerana generasi muda merupaka tulang belakang bagi sesebuah negara. Selayaknya generasi muda yang telah memberi sumbangan kepada negara perlu diiktiraf, diberi penghormatan serta penghargaan yang sewajarnya agar dapat memobilisasikan rasa tanggungjawab holistic untuk memperkasakan generasi muda demi mempertahankan kerukunan dan kesejahteraan yang perlu diwarisi dari generasi ke generasi. Segala kejayaan yang telah Malaysia kecapi adalah bukti terhadap sumbangan generasi muda sebagai masa pewaris masa depan kemerdekaan negara. Oleh itu, kerajaan perlu sedar bahawa masa depan negara ada pada generasi muda. Jadi dengan kursus ini merupakan insentif untuk menyedarkan para pelajar dalam pembangunan negara daripada yang mereka pelajar.