NOR ASMIRA AZLI's portfolios

Forum 1 ( UICL2302-10 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI )

S: Oleh kerana perbincangan bab 1 adalah zaman klasik .....sy mohon kepada saudara/i untuk bertanyakan kepada Datok@Nenek@ mereka yang berumur 60 tahun keatas .....untuk membandingkan perbezaan dan persamaan tentang perubahan pemikiran@tingkhlaku@perbuatan pada zaman mereka(klasik) dan masa kini@hadapan. Berdasarkan 1@2 contoh yang diberikan ....sila berikan ulasan dan pandangan masing2.


- DR. SULAIMAN BIN KADIKON

 

 

FORUM 1 ( PERBEZAAN ZAMAN DAHULU DENGAN SEKARANG

 

S: Oleh kerana perbincangan bab 1 adalah zaman klasik .....sy mohon kepada saudara/i untuk bertanyakan kepada Datok@Nenek@ mereka yang berumur 60 tahun keatas .....untuk membandingkan perbezaan dan persamaan tentang perubahan pemikiran@tingkhlaku@perbuatan pada zaman mereka(klasik) dan masa kini@hadapan. Berdasarkan 1@2 contoh yang diberikan ....sila berikan ulasan dan pandangan masing2.

 

- DR SULAIMAN BIN KADIKON

 

J: Sains dan teknologi banyak mendatangkan manfaat kepada manusia. Ia amat penting pada zaman sekarang kerana kita perlu menguasainya untuk pembangunan Negara akan tetapi ia boleh mendatangkan keburukan jika tidak memanfaatkannya dengan bijak.


Berdasarkan temu ramah dengan puan Soyah binti Abdullah dan berumur 66 tahun, menurutnya banyak perubahan yang berlaku
Antaranya ialah dari segi pembangunan iaitu membangun dengan pesat . Baginya pada saat ini susah ingin melihat rumah kediaman yang diperbuat daripada kayu yang berkonsep tradisional, majoriti lebih kepada moden dan menyebabkan sesetengah setempat hubungan kejiranan semakin berkurangan. Dalam dilihat juga bahawa sekarang amalan kunjung-mengunjung antara sesama semakin berkurangan dan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Seterusnya, perubahan yang dirasai ialah mengenai kemajuan teknologi komunikasi di mana dapat menyampaikan informasi dengan cepat berbanding zaman dahulu di mana mengambil masa yang sangat lama dan sebarang informasi dimaklumkan melalui surat. Menurut Puan soyah juga pada masa kini adat semakin hari semakin dilupakan contohnya adat dalam perkahwinan disebabkan oleh kemajuan teknologi. Misalnya, dahulu ada rewang tetapi kini masing-masing membuat tempahan catering dan hubungan sesama jiran serta saudara mara untuk meriahkan sesuatu majlis semakin pudar. Pada masa kini juga kebanyakan berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil. Zaman terdahulu kebanyakkan bekerja sebagai penoreh getah,petani,buruh dan dia sendiri bekerja sebagai seorang penoreh getah. Nilai mata wang pada zaman dahulu lebih kecil berbanding dengan sekarang menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi. Menurutnya, dulu kos sara hidup dengan nilai seratus ringgit dapat diperbelanjakan dengan pelbagai tetapi sekarang ianya sesuatu yang mustahil.


Baginya persamaan dahulu dengan sekarang ialah dari segi system pembelajaran agama dimana sampai sekarang masih mengamalkan konsep belajar di pondok tetapi ada sesetengah ditambahbaikkan dengan ada sekolah agama, tahfiz dan ulul albab.
Harapannya agar anak muda tidak hanyut dengan kemajuan teknologi kerana mereka merupakan harapan negara, dan kita perlulah terus berusaha untuk memajukan sains dan teknologi agar kualiti manusia semakin meningkat.
- Puan Soyah binti Abdullah


"Beri aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya, 
beri aku 10 pemuda, nescaya akanku goncangkan dunia"
- Soekarno



                                                               photo_2019-10-09_14-07-14.jpg