EXCEL Prerequisite Reports

EXCEL: Run For Unity 2019

Maklumat Program

Tarikh Program: 19 April 2019

Tempat: Stadium Azman Hashim, UTM, Johor Bahru

Anjuran: Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA)

Jawatan Disandang: Unit Publisiti

Atribut Siswazah: 

  1. Berdaya Usaha
  2. Kemahiran Berkomunikasi

Laporan

Program Run for Unity (RFU) ini merupakan program anjuran tahunan oleh Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA). Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kes-kes barah di Malaysia serta menjadi salah satu inisiatif untuk masyarakat meyumbang kepada para pesakit barah melalui National Society Cancer Malaysia (NCSM). NCSM merupakan sebuah persatuan kanser yang bukan berasaskan keuntungan yang memberikan perkhidmatan untuk mendidik, menjaga dan memberi sokongan kepada masyarakat yang terjejas kehidupannya akibat barah. Orang ramai boleh menyumbang untuk membantu objektif ini dengan menyertai acara larian dibawah program RFU yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 6km dan kategori 12km.

Atribut Berdaya Usaha boleh dilihat apabila kami sebagai satu unit bersungguh dalam mempromosikan program ini melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram serta beberapa laman web khusus untuk acara-acara larian di Malaysia. Selain itu, kami juga menubuhkan beberapa booth pendaftaran di sekitar kawasan Johor Bharu mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan bagi mempromosikan lagi program ini kepada orang ramai. Atribut Kemahiran Berkomunikasi pula diterapkan semasa kami sedang mempromosikan program tersebut kepada orang ramai sama ada secara berkumpulan mahupun secara individu. Kami juga sering menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh orang ramai di laman sosial kami bagi memudahkan mereka untuk menyatakan masalah atau persoalan yang ada berkenaan dengan program ini.

Refleksi

Kemahiran berkomunikasi amatlah penting dalam mempromosikan sesuatu benda. Sifat ingin tahu dan ingin mencabar diri sendiri saya telah membantu saya untuk lebih kehadapan dalam berinteraksi dengan peserta-peserta yang berminat dengan program ini. Lebih-lebih lagi saya dapat mentajamkan lagi kemahiran berkomunikasi serta kemahiran untuk beramah mesra dengan orang ramai disebabkan pengelibatan saya dalam unit publisiti untuk program RFU19.

Cabaran untuk unit kami adalah untuk mencari peserta untuk mengikuti acara ini atas sebab ramai pelari tegar disekitar kawasan Johor Bharu kurang berminat untuk berlari didalam kawasan UTM. Ini kerana terdapat banyak program larian yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan mahasiswa di UTM tetapi kebanyakan program ini menggunakan trek larian yang hampir sama.