EXCEL Prerequisite Reports

EXCEL: Lawatan Pelajar Tahun 1 Scsp 1515 Sekolah Komputeran

Maklumat Program

Tarikh Program: 1 Oktober 2018

Tempat: Sekitar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Anjuran: Program Technology and Information System dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia

Jawatan Disandang: Peserta

Atribut Siswazah: 

  1. Kemahiran Berfikir
  2. Warga Global

Laporan

Program ini merupakan program pertama kami sebagai pelajar tahun satu dengan membuat lawatan industri ke ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX) dan CIMB Investment Bank Berhad. Objektif program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada industri-industri yang terlibat dengan pekerjaan yang melibatkan pemprosesan maklumat yang besar dan banyak. Ini kerana pekerjaan tersebut sangatlah berkait rapat dengan pembelajaran kursus Technology and Information System (TIS) yang kami ambil pada ketika itu. Bukan sahaja itu, program ini amatlah penting kerana program ijazah sarjana muda kami sangatlah berkait rapat dengan bidang pengurusan dan penganalisis maklumat di syarikat-syarikat besar seperti ADAX dan CIMB.

Atribut Kemahiran Berfikir dapat dipupuk oleh kerana sifat ingin tahu kami dan semangat untuk belajar bidang pengajian yang baharu. Program ini telah membantu kami untuk berfikir secara lebih kehadapaan dan membantu kami untuk membuat persiapan awal secara mental dan fizikal untuk menempuh latihan industri yang akan kami hadapi semasa kami di tahun akhir nanti. Atribut Warga Global ini diterapkan apabila para penceramah dari ADAX dan CIMB merupakan individu-individu mempunyai latar belakang yang bertaraf global dalam pelbagai bidang. Kami amatlah ertuah kerana mendapat input yang bermanfaat daripada mereka berdasarkan perkongsian mereka tentang pengalaman dan cabaran yang mereka hadapi semasa berada didalam industri teknologi maklumat ini.

Refleksi

Semangat ingin tahu dan berpeluang untuk merasai persekitaran yang baharu sangat mendorong kami untuk lebih memahami corak indutri yang sering berubah dan berkembang pesat pada masa kini. Dengan adanya lawatan seperti ini bersama-sama rakan sebaya dan peluang untuk meneroka bidang yang sentiasa ber kembang maju ini amatlah bermanfaat untuk kami dan dapat kami gunakan apabila kami berpeluang untuk membuat latihan industri di syarikat-syarikat yang besar seperti ADAX dan CIMB.

Cabaran yang kami hadapi ketika menjalani program ini adalah masa yang singkat untuk melawat kesemua kawasan lawatan dalam masa sehari sahaja. Oleh sebab itu, kami perlu menepati masa yang telak ditetapkan oleh pensyarah kami supaya kami tidak lewat untuk sampai ke destinasi yang dituju berdasarkan tentatif yang telah disediakan.