EXCEL Prerequisite Reports

EXCEL: Delegation School Of Computing 2020

Maklumat Program

Tarikh Program: 27 Februari 2020

Tempat: Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, UTHM, Batu Pahat

Anjuran: Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA)

Jawatan Disandang: Setiausaha

Atribut Siswazah: 

  1. Kemahiran Berfikir
  2. Kebolehsesuaian

Laporan

Program Delegation: School of Computing 2020 ini merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) dimana objektif program ini adalah untuk berkolaborasi bersama-sama universiti-universiti yang menyediakan proram Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer atau Teknologi Maklumat. Hal ini kerana dengan wujudnya kolaborasi ini kedua-dua pihak universiti dapat bertukar pendapat tentang cara mereka mengendalikan kelas dan fasiliti yang ada di universiti masing-masing. Pada kali ini, PERSAKA telah berkolaborasi bersama Kelab Teknologi Maklumat (ITC) dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor. PERSAKA telah menghantar sekumpulan pelajar dari Sekolah Komputeran (SK), UTM untuk melawat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UTHM pada 27 Februari 2020. Persatuan pelajar ITC telah membawa kami untuk melawat beberapa fasiliti yang berada di FSKTM diikuti dengan sesi soal jawab diantara pelajar-pelajar UTHM dan pelajar-pelajar UTM untuk lebih memahami perbezaan diantara SK dan FSKTM.

Atribut Kemahiran Berfikir amatlah penting dalam program ini kerana program ini memerlukan kami untuk berinteraksi dengan persatuan-persatuan dari universiti lain yang ingin bekolaberasi bersama kami. Selain itu, kami juga perlu menyediakan fasiliti-fasiliti seperti pengangkutan, makanan dan cenderamata untuk menjayakan program ini. Begitu juga bagi menentukan bajet yang sesuai dan berpatutan supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak yang telibat dalam acara tersebut. Atribut Kebolehsesuaian diterapkan apabila program kami terpaksa diubah akibat wabak Covid-19 yang sedang meleluasa ketika itu. Kami tidak berpeluang untuk mengadakan program deligasi ini di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur kerana mereka telah menolak tawaran kami. Mujur pihak ITC telah bersetuju untuk mengadakan program deligasi ini di fakulti mereka. Tambahan pula kami dapat mejimatkan kos program kerana UTHM berada tidak jauh dari UTM berbanding UM dan kami telah memendekkan program ini dari dua hari ke sehari sahaja.

Refleksi

Cabaran yang kami hadapi adalah kekangan bajet dan penularan wabak Covid-19 pada ketika itu. Pada asalnya kami ingin membuat lawatan deligasi ke Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM tetapi malang sekali kami tidak berkesempatan untuk menjalankan program ini di UM. Jika kami jadi untuk ke UM, bajet perlu ditingkatkan kerana kami perlu berbelanja lebih untuk makanan serta penginapan sementara di Kuala Lumpur. Oleh itu, kami juga perlu menukar permohonan untuk menjalankan aktiviti ini dari UM ke UTHM supaya tidak mengsia-siakan proses perbincangan yang telah kami laksanakan sebelum itu.

Mempunyai pemikiran yang kritikal dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah telah banyak membantu kami untuk menjayakan program ini walaupun saiz jawatankuasa deligasi tidaklah begitu ramai. Dengan adanya pertolongan dari PERSAKA dan ITC, kami dapat meringankan beban yang ada dan akhirnya program deligasi ini dapat mencapai objektif disamping memberi pengisian-pengisian yang positif kepada kedua-dua pihak iaitu wakil-wakil dari UTM dan UTHM.