Pada 21 November 2019, kelas Dinamika Malaysia telah diadakan di Masjid Sultan Ismail, UTM. Pada minggu tersebut, ia dinamakan Minggu Rahmatan Lil Alamin bersempena Maulidur Rasul. Program ini merupakan anjuran Pusat Islam UTM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah wacana yang bertajuk Negara Rahmah Ummah Sejahtera yang dianjurkan Pusat Islam UTM dengan kerjasama YADIM bertempat di Masjid Sultan Ismail, UTM. Saya telah menghadiri salah satu ceramah yang diadakan pada hari demikian. Ceramah tersebut bertajuk Wacana Negara Rahmah Ummah Sejahtera. Penceramah yang menyampaikan ceramah tersebut ialah Tuan Haji Ali bin Muda. Pada pendapat saya, aktiviti ini amat baik untuk dijalankan dalam kalangan generasi muda zaman ini. Ini kerana golongan muda ini lah merupakan harapan masa depan ummah. Bagi membina negara yang diredhai Allah seterusnya Berjaya dipandang tinggi oleh negara lain, salah satu aspek yang pwenting ialah bagi membina negara yang rahmah yang kemudiannya akan membawa kepada ummah yang sejahtera.
Beliau menyatakan bahawa dalam mencapai falsafah Negara Rahmah Ummah Sejahtera, gagasan Rahmatan lil alamin perlu dijadikan sumber dan asas penting dalam konteks negara Malaysia. Ini kerana gagasan rahmatan lil alamin mencegah perpecahan antara umat manusia. Selain itu, gagasan rahmatan lil alamin juga penting kerana pada zaman ini, umat manusia dihebohkan dengan fenomena dakwah yang keras dan kasar. Fenomena ini perlulah dicegah kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesebuah negara.
Kesimpulan, dalam mencapai falsafah Negara Rahmah Ummah Sejahtera, sudah jelas bahawa gagasan Rahmatan lil alamin merupakan salah satu elemen penting bagi memastikan masyakarakat dunia, terutamanya rakyat Malaysia hidup dalam keharmonian. Setiap individu mestilah memainkan peranan dalam memupuk perasaan kasih saying dan hormat terhadap satu sama lain tanpa mengira perbezaan kaum, bahasa, gaya hidup, agama dan sebagainya. Kerajaan perlulah sentiasa memastikan hubungan rakyat antara kaum sentiasa utuh dan teguh. Pelbagai inisiatif hendaklah diambil kira dari pelbagai aspek untuk mencapai falsafah ini. Falsafah Rahmatan lil alamin akan dapat dicapai sekiranya setiap pihak di Malaysia saling berganding bahu dan bekerjasama antara satu sama lain dengan rela hati dan ikhlas.