UHMS1172 - 20 ( MD )

Reflection End Semester (MD)

A reflection regarding subject Malaysia Dynamics at the end of semester

REFLEKSI  MALAYSIAN DYNAMIC UHMS1172 -20

 

Subjek Dinamika Malayisa merupakan subjek yang unik bagi saya kerana saya tidak pernah menpelajari subjek seperti ini disekolah mahupun di pra-universiti . Pada mulanya tanggapan saya adalah subjek ini hanyalah subjek ‘tambahan’ yang tidak penting dan tidak perlu difokuskan kerana itu yang dikatakanoleh kebanyakan senior . Akan tetapi tanggapan saya terbukti salah kerana banyak pengetahuan am yang saya tidak terfikir untuk belajar.

 

Antaranya ialah perubahan sosial masyarakat di Malaysia . Daripada tajuk ini saya telah belajar maksud ‘social-engineering’ iaitu kehidupan sosial masyarakat yang dirancang oleh pihak tertentu . Contohnya British yang meletakkan orang cina di kawasan bandar sebagai pelombong manakala orang melayu di kawasan kampung yang telah membentuk kehidupan masyarakat di Malaysia pada hari ini. Daripada tugasan yang diberi untuk setiap kumpulan , saya telah belajar untuk bekerjasama dalam menyampaikan topik terakhir subjek ini iaitu globalilasi dan dinamika malaysia . Topik ini menceritakan tentang bagaimana sesuatu pihak mendominasi sesuatu categori contohnya mcdonalisasi iaitu mcdonald yang muncul dimana-mana dan mula mendominasi categori makanan . Selain itu , subjek ini mengajar saya betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia . Tanpanya , hura-hara dan pelbagai masalah akan timbul lantas membawa negara kearah kemunduran.

 

Pada 28 November 2019, seksyen 20 untuk subjek UHMS telah menjalankan satu program iaitu program Care4D Orphan. Program ini telah dijalankan di satu rumah anak yatim di Taman Universiti berdekatan dengan UTM Skudai, iaitu Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kasih sayang dan penjagaan kepada mereka yang tiada keluarga dan kurang kasih saying. Program ini juga bukan sahaja bertujuan untuk memberi kesan kepada anak-anak yatim, malah ia juga untuk memberi kesedaran dan impak kepada kami yang menganjurkan program tersebut. Kami sekelas seramai 36 pelajar telah melibatkan diri dalam program ini. Pada mulanya, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 6 atau 7 orang pelajar. Untuk program ini, kami tidak sahaja mengadakan aktiviti hanya sekadar gembira, tetapi kami telah mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberikan kesan dan impak kepada kami dan mereka. Setiap aktiviti terdapat pengajaran tersendiri yang berkait rapat dengan situasi mereka. Dengan ini, kita dapat memberitahu mereka bahawa mereka bukanlah dihidupkan dengan nasib yang malang, malah mereka ini lebih berharga berbanding kami.

Setibanya kami di rumah anak yatim itu, kehadiran kami disambut dengan baik. Meskipun datang pada awal pagi, mereka melayan kami dengan penuh ramah mesra. Ini menunjukkan betapa kanak-kanak ini menunggu kehadiran bersama orang luar serta memberikan kesedaran kepada kami bahawa sokongan dari masyarakat amatlah penting dalam membantu golongan ini. Seterusnya, bilangan kanak-kanak yang ada pada hari itu kurang daripada bilangan menyebabkan terdapat sedikit perubahan pada perancangan. Hal ini menyebabkan kami sedar tentang kepentingan untuk senantiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi sepanjang program berlangsung. Berganjak pada agenda seterusnya, sesi suai kenal bersama fasilitator dilakukan setelah kanak-kanak ini dipecahkan mengikut kumpulan. Sesi ini telah berjaya mewujudkan utuh antara fasilitator dan peserta di bawah jagaannya. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk mengenali ahli kumpulan sendiri sebelum mula melakukan sesuatu aktiviti agar wujud kepercayaan serta kerjasama terhadap sesuatu kumpulan itu. Kemudiannya, explore race diadakan di antara kumpulan-kumpulan ini. Sebelum pertandingan ini bermula, setiap kumpulan telah diberikan belon air yang harus dijaga sebaik mungkin sebagai amanah mereka sepanjang pertandingan ini. Tugasan ini memberikan kesedaran bukan sahaja kepada peserta malah kepada fasilitator sendiri perihal definisi serta kepentingan amanah yang harus dipikul seseorang setelah menerimanya.

 

Setelah belon air diberikan kepada setiap kumpulan, maka pertandingan explore race dijalankan dengan segera. Terdapat sejumlah lima check point bagi explore race tersebut. Pada check point yang pertama, permainan yang dijalankan adalah charades. Sebelum bermula permainan, setiap kumpulan perlu berpecah kepada dua bahagian, satu untuk membuat gaya dan satu lagi untuk meneka gaya tersebut. Permainan charades ini amatlah bagus untuk meningkatkan kerjasama antara ahli kumpulan. Bukan itu sahaja, permainan ini juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata dalam diri kanak-kanak ini serta dapat menambahkan kemampuan mereka untuk menerangkan sesuatu perkara itu pada orang lain. Pada check point yang kedua pula, permainan yang dimainkan adalah menjawab soalan dengan cepat. Terdapat dua jalan yang disediakan, iaitu jalan yang lurus dan jalan yang bengkang-bengkok. Pada setiap jalan tersebut terdapat beberapa soalan yang disediakan dan kanak-kanak perlu menjawabnya dengan betul pada kadar yang segera. Objektif permainan ini adalah untuk mengajar kanak tersebut bahawa dalam dunia ini, jalan lurus tidak semestinya mudah dan jalan yang bengkok tidak semestinya susah.

 

Pada check point yang ketiga iaitu permainan block building. Permainan ini dimainkan dengan setiap kumpulan akan dipecahkan lagi kepada dua kumpulan dan seterusnya setiap kumpulan akan memilih salah satu daripada dua variasi kotak iaitu kotak besar dan kotak kecil. Selepas selesai pilih mereka akan diberi 5 minit untuk membina bangunan menggunakan blok-blok yang tersedia di dalam kotak tersebut. Di dalam permainan ini, kotak besar dibekalkan sedikit blok manakala kotak kecil pula mengandungi banyak blok.Di sini, pengajaran yang boleh dipelajari dalam permainan ini adalah kita sebagai manusia waras tidak seharusnya menilai seseorang hanya melalui  latar belakang semata-mata kerana tidak semua perkara yang sedap didengar itu membawa kepada kebaikan kita atau semua orang. Seterunya, di check point kelima permainan yang akan dimainkan adalah focus jump. Seperti nama permainan itu sendiri focus jump ini dimainkan untuk melatih kanak-kanak untuk sentiasa peka dan disiplin terhadap arahan penjaga check point. Pada check point yang terakhir pula, permainan yang dimainkan adalah permainan puzzle. Berbeza dengan permainan puzzle yang lain, puzzle yang dimainkan ini agak susah. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ahli kumpulan hendaklah rajin untuk bertanya kepada fasi. Hal ini demikian, dengan permainan ini, kanak-kanak tersebut akan dilatih untuk tidak malu dan sentiasa rajin bertanya jika menghadapi kesukaran kerana bukan semua masalah di dunia ini dapat diselesaikan dengan seorang diri. Tetapi keberadaan manusia ini adalah untuk saling lengkap-melengkapi ketika berada kesempitan atau kesusahan.

 

Kesimpulannya , saya bersyukur kerana banyak ilmu baru yang telah saya perolehi sepanjang semester daripada subjek Dinamika Malaysia. Ilmu-ilmu tersebut tanpa ragu-ragu dapat membentuk diri saya sebagai pelajar di UTM yang lebih baik daripada sebelum ini.