About | Pertahanan Awam Semester 2 2019/2020 (Ikatan & Simpulan)
Assalamualaikum w.r.t.w.b.t. dan Salam Sejahtera semua,
Ikatan dan simpulan merupakan salah satu perkara asas sebelum seseorang itu dapat digelar sebagai seorang penyelamat. Ikatan dan simpulan ini menguji aspek kemahiran, daya ingatan dan konsentrasi yang baik. Ikatan ialah satu lilitan yang dibuat kepada sesuatu objek lain dan simpulan pula ialah satu lilitan yang dibuat pada tali itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis ikatan dan simpulan seperti simpul mati (thumb knot), simpul mati bertanjul (over hand loop), buku sila (reef knot), lingkaran dua setengah belit (round turn and two half hitches), angka lapan (figure of eight), angka lapan bertanjul (figure eight loop), angka lapan tanjul berganda (figure of eight double loop), simpul kerusi (chair knot), simpulan pengail (fisherman knot), simpulan pengail berganda (fisherman double knot), ikatan manuk (clove hitch), ikatan bunga geti (sheet band), ikatan buku sila (reef knot), simpulan tindih kasih (Bowline) dan simpulan balak (timber hitch).
Pelajar dikehendaki untuk menyatakan tujuan setiap ikatan dan simpulan yang dinyatakan dan membuat latihan praktikal bagi setiap ikatan dan simpulan tersebut. Pelajar juga dinasihatkan untuk menggunakan tali yang bersesuaian dengan panjang setiapnya ialah 1 meter. Tugasan hendaklah dipersembahkan dalam bentuk video.
Penilaian anda akan dinilai menerusi video yang dikepilkan dalam e-Portfolio masing-masing. Selamat Maju Jaya.
Terima kasih.
Nabilah Zaini.
Created: 11 April 2020
Open, Allows submissions, Publicly visible
Editable: Between 11 April 2020, 10:31 PM and 14 April 2020, 11:59 PM
- 30 Members
- 1 Pages
- 0 Files
- 0 Folders
- 1 Forums
- 0 Topics
- 0 Posts
Group administrators:
NABILAH BINTI ZAINI