Self Reflection Report 2 - ExCEL

1) REPORTING

UTM Enterprise Resource Management Challenge ialah satu program yang dianjurkan oleh Azham Hashim International Busines Schoold UTM. Program ini adalah satu pertandingan yang diadakan di antara pelajar-pelajar di dalam UTM sahaja. Program ini dijalankan terutamanya melalui penggunaan ‘Monsoon Sim’ sebagai platform utama di dalam pertandingan. MonsoonSIM adalah simulasi perniagaan berasaskan cloud dan platform pembelajaran pengalaman, dengan analitik data, untuk pengajaran & pembelajaran. Prof Dr Zainab Bt. Khalifah, Dekan Universiti Teknologi Malaysia, telah menandatangani perjanjian bertahun-tahun dengan Monsoon Academy, di mana, UTM akan mula menggunakan MonsoonSIM sebagai platform pedagogi di pelbagai fakulti termasuk sekolah perniagaan, entreprenuership, dan pemasaran. Platform ini telah digunakan dalam pendidikan perniagaan sejak 2013. Sehingga kini,  ‘Monsoon Sim’ telah mempunyai lebih daripada 70,000 pelajar berdaftar dan pangkalan pengguna yang berkembang pesat. Tujuan utama UTM menganjurkan program ini adalah ingin untuk memberi pemahaman tentang konsep perniagaan dan konsep ERP di kalangan UTM pelajar. Bukan itu sahaja, ‘Monsoon Sim’ lebih interaktif dan menarik berbanding belajar dari buku teks atau slide powerpoint yang memfokuskan pada komunikasi sehala dan cara pembelajaran interaktif yang bukan sahaja merangsang pemikiran kritis, tetapi ketepatan dan kepantasan tindakan ia sebenarnya mencerminkan dunia perniagaan yang sebenar. Dr Mohamad Shah Kassim telah mengadakan satu bengkel untuk mengajar semua peserta tentang cara permainnan dan juga peraturan-peraturan yang terdapat di dalam Monsoon Sim. Bagi menyenangkan peserta juga, beliau juga memberikan penerangan yang jelas tentang segala fungsi-fungsi yang penting di dalam permainan simulasi perniagaan kerana peserta bukan terlibat sahaja pelajar daripada AHIBS maka juga terdapat pelajar yang datang dari fakulti kejuruteraan.  Akhirnya, program dijalankan dari 7/3/2020 sehingga 8/5/2020 ambil masa selama 3 bulan bagi menentukan pemenangnya.

2) RESPONDING

Program ini telah memberikan banyak impak kepada saya terutamanya dalam meningkatkan pemahaman di dalam dunia perniagaan. Dari melibatkan diri saya dalam program itu, saya dapat memahami segala fungsi-fungsi yang terada di dalam simulasi perniagaan ‘Monsoon Sim’ itu. Ini telah meningkatkan minat saya apabila fungsi-fungsi di dalam itu sebenarnya adalah apa yang sedang dilakukan atau dijalankan oleh perniagaan-perniagaan yang besar di luar sana. Fungsi-fungsinya seperti contoh, Sumber Manusia, Stok, Pembelian, Jualan, Pembekal, Pemasaran, B2B, dan sebagainya. Bagi memahami segala fungsi-fungsi tersebut, kumpulan saya telah mengadakan banyak perbincangan dan juga tentang bagaimana kami hendak menggunakan strategi kami ini di dalam pertandingna. Dari sini juga saya belajar bekerja dalam kumpulan itu amat penting, sebab tugasan ini agak mustahil apabila saya hendak melaksanakan dengan saya seorang sahaja. Dalam bekerja dalam kumpulan, kami dapat membahagikan kerja mengikut kelebihan ahli kumpulan masing-masing. Berbuat demikian kami perasan ini dapat meningkatkan prestasi dan juga kecekapan apabila setiap orang mempunyai spesifikasi dalam fungsi atau bahagian masing-masing. Dengan melibatkan diri saya dalam program itu, saya dapat merasakan saya kini sedang berada di dunia perniagaan yang sebenar. Dalam program tersebut saya kena menukarkan pemikiran saya dari seorang pelajar yang biasa kepada usahawan yang mempunyai satu syarikat yang besar. Sejak saya menyertai pertandingan ini, saya kena sentiasa berusaha untuk mencari jalan untuk menurunkan kos, meningkatkan hasil jualan, membuat pelan pemasaran, mengaji pihak lawan kita dan sebagainya. Ini adalah semua yang tidak pernah saya memikirnya sebelum ini, walaupun saya mengalami satu tempoh yang agak susah hendak menyesuaikan diri saya, tetapi saya bernasib baik mempunyai senior saya yang pernah menyertai sebelum ini, telah memberikan nasihat dan dokongan kepada saya. Melalui program ini amat memberkan manfaat kepada saya dapat semuanya dapat digunakan lagi pada masa depan yang akan datang.

3) RELATING

Program ini agak lain daripada program yang saya sertai sebelum ini, program ini dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah AHIBS tapi ia melibatkan penyerta-penyerta daripada fakulti lain di dalam universiti. Kebanyakkan program fakulti yang dianjurkan hanya melibatkan pelajar dalam kalangan AHIBS sahaja. Dalam program ini, ssya mempunyai peluang untuk berkenal dengan pelajar-pelajar yang dari fakulti yang lain. Kami saling berkenalan dan bertegur sapa, ini amat berbeza apabila kita boleh saling menukarkan pendapatan atau pemikiran masing-masing.  Selain itu, tujuan pertama saya mengambil bahagian dalam program ini adalah kerana saya ingin menceburi ke dalam dunia perniagaan pada masa yang akan datang. Saya bermatlamat ingin menjadi satu usahawan yang berjaya jadi program ini telah memberikan peluang kepada saya untuk memahami bagaimana satu syarikat ini beroperasi. Saya juga sangat memahami bahawa baca teori dari buku teks sebenarnya tidak semestinya kita mampu berjaya di dalam dunia sebenar atau di masyarakat. Jadi, saya menggunakan segala ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari dari buku teks dan cuba melaksanakan di dalam pertandingan, akhirnya ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Tapi pengalaman itu amat penting, kami kena belajar daripada kegagalan, daripada gagal di dunia perniagaan yang sebenar, lebih baik kita gagal dulu di dalam pertandingan ini.

4) REASONING

Saya percaya program ini diadakan adalah kerana pensyarah mengetahui bahawa pelajar-pelajar sekarang jarang berfikir sebagai seseorang usahawan. Walaupun, mereka adalah pelajar-pelajar di dalam perakaunan, pemasaran, dan pengurusan, tetapi mereka hanya focus kepada apa yang ada di dalam buku teks sahaja jarang meletakkan mereka diri sendiri di dalam dunia perniagaan yang sebenar. Mereka mungkin belajar segala fungs di dalam buku, tetapai tidak pernah merasai dan mengalaminya. Inilah sebab kenapa pensyarah membuat satu simulasi perniagaan kepada pelajar supaya pelajar sekurang-kurangnya dapat merasainya sebelum melangkah ke yang sebenar di masyarakat nanti. Selain itu, program ini dibuka kepada pelajar dari fakulti lain terutamanya dari fakulti kejuruteraan, ini adalah kerana ingin memupuk juga pelajar bukan dari fakulti AHIBS sahaja, maka semua pelajar di dalam universiti mempunyai sikap keusahawanan. Sebab sikap keusahawanan ini amat penting kerana dunia ini tidak akan lari daripada segala yang berkaitan dengan perniagaan. Bidang perniagaan bukan spesifikasi untuk pelajar dari bidang pengurusan atau perakaunan sahaja, semua pelajar harus melengkapkan mereka diri sendiri dengan sikap keusahawan. Ia juga membantu kepada pelajar kejuruteraan sekiranya mereka ingin memulakan perniagaan mereka sendiri, walaupun mereka tidak pernah belajar fungsi-fungsi semuanya di dalam buku, tapi melalui mengambil bahagian di dalam program ini, saya percaya mereka sekurang-kurangnya telah mempunyai pemahaman yang sederhana berkaitan dengan fungsi-fungsi di dalam perniagaan.

5) RECONSTRUCTING

Secara kesimpulannya, terdapat banyak yang telah perolehi melalui program ini. Antara Atribut Graduan yang saya pelajari ialah Kemahiran Berkomunikasi. Komunikasi amat penting di dalam pertandingan ini, kerana ia agak mustahil untuk seseorang memikul segala kerja atau tanggungjawab sahaja. Kita kena menyampaikan pendapat kita kepada ahli kumpulan kita yang lain dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan. Selain itu berunding itu juga sangat penting bagi mengelakan berlakuya perselingkahan antara ahli, dan barulah kita semua boleh mencapai persetujuan atas sesuatu perkara. Seterusnya, saya juga berjaya dalam meningkatkan kemahiran berfikir dan juga berdaya usaha saya, ini membolehkan saya dapat mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi. Ini selalunya berlaku kepada saya, saya terpaksa menukar permikira saya dari seorang pelajar kepada seorang usahawan bagi mencari idea dan mencari penyelesaian yang betul apabila menghadapi masalah di dalam pertandingan. Akhirnya saya mempunyai kebolehan untuk bertindak secata efektif dan imaginative dalam menangani isu yang dihadapi.

6) LAMPIRAN

1.PNG.png

UTM_AUDITORS.jpgauditors-551x413.jpg