Program ini agak lain daripada program yang saya sertai sebelum ini, program ini dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah AHIBS tapi ia melibatkan penyerta-penyerta daripada fakulti lain di dalam universiti. Kebanyakkan program fakulti yang dianjurkan hanya melibatkan pelajar dalam kalangan AHIBS sahaja. Dalam program ini, ssya mempunyai peluang untuk berkenal dengan pelajar-pelajar yang dari fakulti yang lain. Kami saling berkenalan dan bertegur sapa, ini amat berbeza apabila kita boleh saling menukarkan pendapatan atau pemikiran masing-masing. Selain itu, tujuan pertama saya mengambil bahagian dalam program ini adalah kerana saya ingin menceburi ke dalam dunia perniagaan pada masa yang akan datang. Saya bermatlamat ingin menjadi satu usahawan yang berjaya jadi program ini telah memberikan peluang kepada saya untuk memahami bagaimana satu syarikat ini beroperasi. Saya juga sangat memahami bahawa baca teori dari buku teks sebenarnya tidak semestinya kita mampu berjaya di dalam dunia sebenar atau di masyarakat. Jadi, saya menggunakan segala ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari dari buku teks dan cuba melaksanakan di dalam pertandingan, akhirnya ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Tapi pengalaman itu amat penting, kami kena belajar daripada kegagalan, daripada gagal di dunia perniagaan yang sebenar, lebih baik kita gagal dulu di dalam pertandingan ini.