Tanggapan awal kursus
Tanggapan awal terhadap kursus pemikiran sains dan teknologi dari sudut
1.Kandungan utama
Pada tanggapan saya, kandungan utama kursus pemikiran sains dan teknologi merangkumi penglibatan manusia dari segi cara pemikiran manusia yang dapat memajukan sains dan teknologi.
Kursus ini juga mungkin menceritakan bagaimana sains dan teknologi berkembang dari zaman dahulu hingga ke sekarang.
2.Relevansi dengan bidang pengajian
Ya. Kursus ini relevan dengan bidang pengajian saya iaitu psikologi dan sumber manusia kerana dalam bidang pengajian saya, kami diajar mengenai setiap aspek manusia sebagai contoh emosi, cara berfikir dan tingkah laku. Jadi kursus ini mempunyai kaitan dari segi cara manusia berfikir.
3.Jangkaan manfaat
Jangkaan manfaat yang diperoleh ialah saya dapat membuka minda dari segi sains dan teknologi dan memahami relevansi kursus ini dengan bidang pengajian saya. Saya juga akan menjadi lebih celik dalam bidang sains dan teknologi.
4.Komitmen dan sumbangan saya
Komitmen dan sumbangan yang saya boleh berikan adalah dengan menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, menyiapkan semua tugasan yang diberikan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang dapat mengganggu proses pembelajaran semasa kursus ini dijalankan.