UHIT2302 (Pemikiran Sains dan Teknologi)

refleksi

   Pemikiran sains dan teknologi mengajar perkembangan peradaban manusia dari tamadun awal hinggalah kini. Dari permulaan penciptaan falsafah sehinggalah perkembangan ilmu yang membawa kepada penciptaan inovasi terbaru seperti robot dan sebagainya. Kursus ini juga memberi pengenalan kepada individu yang banyak memberikan sumbagan dalam perkembangan teknologi dan pemikiran. Ia memberikan pandangan mengenai pemikiran dari sudut Islam dan barat dan menceritakan revolusi yang terjadi sehingga menyebabkan kemajuan yang dicapai kini.

   Pada pandangan saya kursus ini amat relevan dengan bidang pengajian saya kerana dalam kursus ini, banyak menceritakan perbuatan manusia yang membawa kepada sesuatu kejadian dan pemikiran mereka yang mampu membawa perubahan. Ini adalah amat berkait dengan bidang psikologi.

   Manfaat yang diperoleh melalui kursus ini adalah dapat menitikberatkan kepentingan ilmu dalam diri seseorang dan kepentingan teknologi dalam peradaban manusia. Kursus ini juga menunjukkan kepentingan manusia dalam menentukan hala tuju dan masa depan mereka.

 

Sumbangan dan komitmen yang boleh diberikan bagi memastikan sains dan teknologi terus berkembang ialah dengan memastikan ilmu yang ada pada saya digunakan dengan sebaiknya ke arah kemajuan negara. Saya juga akan memastikan kepentingan sains dan teknologi akan terus diingati dan diketahui oleh generasi akan datang.

   Melalui kursus ini generasi muda dapat meningkatkan semangat untuk terus membantu dalam pemodenan dan pembaharuan yang dilakukan oleh negara kita. Hal ini kerana generasi mudalah yang akan mentadbir negara ini, jadi mereka sepatutnya tahu dan memahami sejarah dan kemajuan yang dibawa oleh sejarah ini. Bagi memastikan negara kita terus maju dan dapat bersaing di peringkat global, sains dan teknologi mestilah dititikberatkan dan menjadi asas dalam pendidikan.