PST EPORTFOLIO 2

Tugasan tersebut merupakan analisis secara terperinci hubungan antara sains, teknologi dan kemanusian.

 

Lihat juga :

PST EPORTFOLIO 1

KANDUNGAN

Dalam tugasan tersebut akan membincangkan tentang :

  • maksud sains dan teknologi
  • Bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi
  • Satu dokumentari berkenaan dengan sains dan teknologi

Maksud sains dan teknologi

Perkataan ‘sains’ berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu science.  Definisi sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang merangkumi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya diperoleh dan dibuktikan melalui kaedah saintifik. Dari segi istilah, sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam.
      Teknologi merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah sebenar manusia melalui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, jentera, maklumat,dan sebagainya. Hal ini bermakna teknologi lebih merujuk kepada cara penggunaan dan pengetahuan peralatan dan kemahiran manusia.Sejarah teknologi bermula seawal sejarah manusia sendiri. Manusia terawal telahpun menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelesaikan masalah hidup mereka seperti alat perburuan, pertanian, pemahatan dan sebagainya. Setelah itu, peralatan yang digunakan oleh manusia menjadi semakin kompleks dan ilmu pengetahuan tentangnya juga berkembang. Himpunan ilmu pengetahuan tentang teknik penciptaan peralatan dan kegunaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal hidup manusia inilah yang akhirnya berkembang menjadi satu disiplin ilmu teknologi seperti yang diketahui sekarang.
Details
Details
Details

Bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi?

Evolusi sains iaitu perkembangan sains telah memberi peluang untuk memahami perkembangan sains secara ilmiah. Pada umumnya, evolusi sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden.

Sains moden yang berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17 dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Tamadun Yunani muncul hasil interaksi budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir kuno. Asas falsafah Sains Tamadun Yunani ialah kebendaan atau dikenali sebagai materialisme. Namun begitu, perkembangan sains dalam tamadun Islam yang berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi adalah berpaksikan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi.

Dalam konteks tamadun Islam, kita boleh saksikan bahawa sains Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai bidang. Malah al-Qur’an yang merupakan sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains. Secara keseluruhannya,segala ciptaan daripada para saintis telah meningkatkan taraf hidup kita untuk menuju ke arah yang lebih modern.

ANCIENT EGYPTIAN TECHNOLOGY

Dalam dokumentari ini telah bertanyakan bahawa bagaimana piramid-piramid di Mesir(Egypt) dapat dibina pada zaman dahulu tanpa menggunakan teknologi yang maju dan canggih.Di Mesir,terdapat 95 piramid telah dibina pada zaman dahulu tetapi pada zaman sekarang,walaupun kita mempunyai teknologi yang canggih,jika kita hendak membina sebuah piramid juga memerlukan masa yang panjang.Bukan itu sahaja,terdapat batu yang paling berat yang berada di Piramid Khufu iaitu sebanyak 2.5 tan.Bagaimanakah orang zaman dahulu dapat membawa batu yang begitu berat ke atas puncak piramid?Selain itu,piramid-piramid telah bersejarah selama 4000-5000 tahun.Bagaimanakah piramid-piramid tersebut dapat menahan lama sehingga zaman sekarang tanpa kerosakkan yang serius?Sebenarnya,segala pengetahuan dari zaman dahulu amat kagum kerana orang zaman dahulu dapat membina pelbagai bangunan yang kita panggil 'Seven wonders of the world'.Pada pendapat saya,pengetahuan tentang sains dan teknologi bukannya dikatakan diwarisi secara evolusi tetapi secara devolusi kerana masih terdapat banyak misteri pada zaman dahulu yang kita tidak dapat menjelaskan menggunakan teori sains dan teknologi.

Details