PST EPORTFOLIO 1

Lihat juga :

PST EPORTFOLIO 2

KANDUNGAN

Tanggapan saya terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut:

  1. Kandungan utama
  2. Relevansi dengan bidang pengajian
  3. Jangkaan manfaat
  4. Komitmen dan sumbangan 

1.Kandungan Utama

Dari kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini,saya harap saya akan memahami perkembangan pemikiran sains dan teknologi sejak zaman dahulu sehingga zaman sekarang.Hal ini membolehkan saya lebih memahami trend sains dan teknologi pada zaman klasik berbanding zaman kini.Selain itu,saya juga mempunyai tanggapan terhadap kursus ini iaitu dapat memfokus aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. 

3.Jangkaan manfaat

  • lebih memberi perhatian kepada isu-isu semasa berkaitan sains dan teknologi
  • memahami dan menguasai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi
  • dapat memegang etika dan nilai murni yang betul dan bermanfaat supaya kita bersama memajukan bidang sains dan teknologi

2.Relevansi dengan bidang pengajian

Saya berharap bahawa kursus tersebut dapat menambahkan pengetahuan bidang saya iaitu bidang sains komputer.Hal ini demikian kerana kursus tersebut akan memfokuskan pada hubungan antara manusia dan agama serta kepentingan etika dan nilai.Oleh itu, saya akan mengaplikasikan ilmu yang saya dapati daripada kursus ini dalam bidang pengajian saya.

4.Komitmen dan sumbangan

Untuk mencapai tanggapan saya terhadap kursus tersebut, saya akan cuba memahami pengetahuan yang disampaikan oleh pensyarah.Saya juga harap saya akan menyumbang pengetahuan saya dalam bidang pengajian tersebut pada masa yang akan datang bukan sahaja untuk memajukan kerjaya sendiri dan juga memajukan kemakmuran negara kita.