Tanggapan Pemikiran Sains dan Teknologi

            Dalam imaginasi saya, subjek Pemikiran Sains dan Teknologi mengajar kita tentang tanggungjawab kita semasa kita mencipta sesuatu baru. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ciptaan dengan menjamin produk tersebut akan membawa kemudahan dan faedah kepada pengguna, pada masa yang sama produk tersebut tidak akan membawa keburukan dan berbahaya yang amat hebat kepada ekosistem bumi ini.

           Selain itu, kita juga diajar untuk memahami evolusi sesuatu produk daripada primitif kepada maju. Kita akan diberitahu pemikiran dan peradaban orang dahulu dengan teknologi mereka dalam pelbagai bidang, contohnya bidang komunikasi, bidang pengangkutan, bidang petanian dan sebagainya. Dengan pengetahuan tersebut, kita boleh mencipta dengan produk yang lebih sesuai dengan manusia dan masyarakat ini, secara langsungnya membantu manusia untuk mencapai kehidupan yang lebih maju dan mudah.

            Saya berasa subjek ini amat penting untuk membentuk pemikiran yang betul kepada  seorang pencipta.