Syaheedullah's profile picture Syaheedullah

Member of elearning.utm.my

Ma Self ...

Social media accounts

First Word RSS

Last but not least...

Assalamualaikum .  .

Alhamdulillah, selesai sudah pengajian satu semester bersama dengan 'adik-adik' dan pensyarah yang tenang saja  sikapnya. Adik?. kalau nak diikutkan umur, memang itulah gelarannya.Tetapi, bila hari pertama bersama-sama mereka,rasa seperti tiada perbezaan umur.Semuanya peramah dan mudah bertegur sapa.
Tak ada istilah senioriti dalam menuntut ilmu.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa subjek Teori Litar ini bukanlah subjek yang sepatutnya diulang. Kerana subjek yang sebetulnya adalah asas-asas kejuruteraan.Dimana sebelumnya diberi nama dengan Litar Elektrik. Subjek Teori Litar ini, telahpun diambil semasa pengajian di diploma dahulu. Namun begitu, terdapat beberapa penambahan yang sedikit berbeza didalam modul ini. Jadi, tak rugi mengulang kembali subjek ini kerana secara kebetulan, ia merupakan subjek asas yang amat penting untuk difahami  memandangkan subjek semester dua ini memerlukan ‘fudemental’ teori litar yang kuat.

Antara faktor  keberkesanan pembelajaran  yang dilihat, adalah  latihan yang banyak dan pemahaman secara total di dalam kelas. Alhamdulillah, pensyarah yang  senantiasa  ‘memaksa’ pelajar melakukan kiraan dan pemahaman  di dalam kelas akhirnya membuahkan natijah yang terbaik. Kondusi pelajar yang saling bantu-membantu rakan-rakan yang  dalam kesukaran, mempercepatkan lagi proses pemahaman

Oleh itu, kedua faktor ini dilihat sebagai tunggak kepada kecemerlangan sesebuah pengajian. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami , Pn Fatimah yang seringkali memberikan nasihat dan teguran didalam setiap apa jua kesalahan yang dilakukan. Diharap kelas ini menjadi contoh kepada yang lain bagi memastikan Utm menjadi sebuah institusi ilmu yang mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti.

wassalam

Details

About Me

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Syaheedullah's portfolios

Syaheedullah's groups

Not in any groups

Syaheedullah's friends

Syaheedullah's wall