SHAZWANI FARZANA BINTI SAHARUDIN's portfolios
Video Refleksi PSM 1
Projects
Dinamika Malaysia-Pesta Keamatan
Pesta Keamatan ataupun Tadau Keamatan merupakan salah satu perayaan yang penting dan bermakna kepada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah. Ia telah dirayakan dari turun temurun dari nenek moyang hingga ke hari ini. Tadau Keamatan dirayakan setiap tahun pada bulan Mei di mana seluruh daerah di Sabah akan mengadakan Tadau Keamatan di tempat masing-masing sebelum kemuncak perayaan tersebut di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association pada 30 dan 31 Mei. Pesta Keamatan atau nama lain (Tadau Keamatan) atau di dalam bahasa Kadazan, “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan “Magavau” ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Tadau Kaamatan dirayakan sebagai tanda kesyukuran kepada semangat padi iaitu Bambarayon selepas habis tuaian padi dan memperingati semangat pengorbanan Huminodun untuk menurunkan hujan. Asal usul Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan mengikut cerita lisan yang disampaikan oleh masyarakat tempatan di mana pada ketika dahulu, terdapat sebuah kampung yang sangat aman dan damai yang mempunyai tanaman padi dan buah-buahan yang subur.
Pada suatu hari, kemarau panjang yang sangat teruk telah melanda kampung tersebut sehingga menyebabkan semua tanaman padi dan buah-buahan mati dan sungai menjadi kering. Hal ini menyebabkan seluruh penduduk kampung merasa risau kerana mereka akan kehabisan makanan dan air jika kemarau masih berterusan. Oleh sebab keadaan yang teruk, Kinorohingan (Tuhan) memanggil Bobolian untuk melihat keadaan tersebut. Kinorohingan dan isterinya, Sumundu merupakan seorang pemimpin di kampung tersebut dan mereka mempunyai seorang anak gadis cantik yang bernama Huminodun. Semasa dalam upacaranya, Bobolian tersebut memberitahu Kinorohingan dimana kemarau tersebut akan berhenti sekiranya tanah bumi dibasahi dengan darah seseorang yang mempunyai cintakasih yang tinggi terhadap semua.
Huminodun yang turut serta dalam upacara tersebut mendengar syarat yang diberi oleh Bobolian tersebut. Huminodun yang sudah merasai segala penderitaan yang di alami oleh penduduk kampungnya membuat refleksi yang sangat mendalam terhadap syarat yang telah diberikan oleh Bobolian tersebut. Dia mahukan keamanan dan kegembiran kembali semula di kampung tersebut. Selepas membuat refleksi yang mendalam, Huminodun berjumpa dengan Kinorohingan dan Sumundu dan memberitahu mereka bahawa dia sanggup mengorbankan dirinya untuk menghentikan kemarau dan menurunkan hujan.
Kinorohingan dan Sumundu sangat sedih dengan permintaan Huminodun tetapi mereka tidak dapat menghalang kemahuannya. Keesokannya harinya, Kinorohingan dan Sumundu mengadakan perkumpulan dengan seluruh penduduk kampung dan memberitahu tentang permintaan Huminodun. Namun, hampir kesemua penduduk kampung tidak bersetuju dengan permintaan Huminodun dan memujuk Huminodun supaya membatalkan niatnya tetapi Huminodun tetap dengan keputusannya.
Menjelang senja, Kinorohingan dan kesemua penduduk kampung membawa Huminodun ke satu tempat yang lapang untuk memulakan upacara pengorbanan. Sebelum memulakan upacara, Huminodun berkata kepada Kinorohingan dalam bahasa Dusun, “Ama, poluo iti turu rangoh dot parai, poluo hilo tangkob, koturu nopo rasam om, pasasadon noh ilo tuah dau” yang bermaksud, “Bapa, simpan tujuh tangkai padi ini dalam bakul tertutup dan tanam buah-buah padi ini apabila hujan turun”.
Selepas Huminodun menyerahkan tujuh tangkai padi tersebut, dia pun berlutut di tanah dan Kinorohingan pun menghunuskan pedangnya dan menujah pedang tersebut kepada Huminodun. Sebaik saja Huminodun rebah di tanah dan darahnya mengalir keluar dari tubuhnya ke tanah, hujan turun dengan lebatnya di sertai dengan guruh yang kuat membasahi bumi. Huminodun dikorbankan dan dikebumikan mengikut adat istiadat masyarakat Kadazandusun. Kinorohingan dan kesemua penduduk kampung bersyukur kerana hujan telah menamatkan penderitaan mereka kerana cintakasih yang telah diberikan oleh Huminodun kepada bumi. Semenjak itu, kampung tersebut mempunyai tanaman padi yang sangat subur dan mereka merayakan upacara kesyukuran kepada semangat padi iaitu Bambarayon dan memperingati semangat Huminodun yang telah berkorban untuk mereka selepas habis musim menuai padi.
Bermula dari peristiwa inilah masyarakat Kadazandusun telah mengadakan Pesta Kaamatan atau pesta menuai seperti yang dapat kita lihat hingga ke hari ini. Perayaan seumpama ini diadakan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi iaitu padi-padi yang telah selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam Ketawai (Tangkob) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazan Dusun kepada Penciptanya (Kinorohingan) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya, Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran. Upacara kesyukuran ini di adakan sehingga ke hari ini dan telah menjadi tradisi serta kewajipan bagi masyarkat kadazandusun untuk merayakan perayaan tradisi tersebut.
Walaupun masyarakat Kadazandusun hari ini telah menganut agama Kristian dan Islam, namun upacara Bambaazon masih lagi diperingati. Hari ini, masyarakat Kadazandusun yang beragama Kristian dan Islam mengambil kesempatan pada Pesta Kaamatan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta menunjukkan rasa kesyukuran terhadap rezeki yang dianugerahkan dan diberikan kepada mereka.
For further reading on this topic:
https://docs.google.com/document/d/1qQ9VU3IHFbxiSkhSpRh6Vz1B33XCfUoSu8l68v1FWgA/edit?usp=sharing
SHAZWANI FARZANA BINTI SAHARUDIN's wall
SHAZWANI FARZANA BINTI SAHARUDIN - 16 December 2018, 2:32 AM
We should try to accept who we are. When we accept ourself and learn how to love ourself, then we will do the best to improve ourself. Who else will believe in us if not us?
Know me more ^_^
Assalamu'alaikum wbt and hi!
- I'm Shazwani Farzana binti Saharudin, a 1st-year student of Computer Network and Security, one of the courses provided in School of Computer, Faculty of Engineering, UTM Skudai, JB.
- I was born on the 2nd of May 1999.
- I'm the fifth from seven siblings.
- I went to Sek. Men. Keb. Agama Dato' Hj. Abu Hassan Hj. Sail on 2013 until 2016.
- Then I further my study to Kedah Matriculation College for one year.
- After that, I was accepted in UTM JB and this is what I am now.
- In this university, I'm not just only a student, but also an army. I will try my best to balance my time between study and co-curriculum.
Feel free to follow me on ig :-)
- First name: SHAZWANI FARZANA BINTI SAHARUDIN
- Faculty: FACULTY OF ENGINEERING
- Student ID: A18CS0243
- Display name: SHAZWANI FARZANA BINTI SAHARUDIN
- Country: Malaysia
- Mobile phone: 011-3175 4616