UHMS1182-29 (Appreciation of Ethics and Civilization)

Kursus ini adalah menerangkan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan sesuatu bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digunakandalam penyampaian kursus ini. Di hujung kursus ini pelajar akan dapat menghubungkaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik.

bjam.jpg.1

TOPIK PEMBELAJARAN

  • Bab 1: Pengenalan Ilmu Etika dan Peradaban
  • Bab 2: Teori Etika
  • Bab 3: Etika dan Peradaban dalam Kepelbagaian Tamadun
  • Bab 4: Pemantapan Kesepaduan Nasional
  • Bab 5: Konsep Peradaban di Malaysia
  • Bab 6: Perlembagaan Persekutuan 
  • Bab 7: Peranan Etika dan Peradaban Budaya dan Komunikasi Kontemporari
  • Bab 8: Cabaran Keterlestarian Etika dan Peradaban

LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN

VIDEO PEMBENTANGAN

Loading ...

REFLEKSI KUMPULAN 2

REFLEKSI

Dalam subjek ini, telah banyak saya pelajari tentang peranan dan kepentingan etika dan peradaban dalam sejarah pembentukan moral manusia. Setiap peradaban mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, dan setiap perkara yang baik itu seharusnya kita jadikan sebagai panduan hidup dan dijadikan teladan. Selain itu, terdapat banyak nilai yang harus saya amalkan untuk menjadi seorang individu yang terpelajar dan beretika. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Faizah kerana gigih mengajar kelas saya ketika musim pandemik ini.