UHIT2302 PST BAHAGIAN 1 : TANGGAPAN AWAL KURSUS PST
NAMA : PUTERI NUR ALISA BINTI ISMAIL
NO MATRIK : A19ET0362
KURSUS : UHIT 2302 SEKSYEN 18
TANGGAPAN AWAL TENTANG KURSUS PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI DARI SUDUT :
- KANDUNGAN UTAMA
- Kursus pemikiran sains dan teknologi merupakan perbincangan perkembangan sains dan teknologi dari zaman dahulu sehingga zaman kini.
- Kursus ini juga membincangkan berkaitan sains dari sudut konsep, falsafah, sejarah perkembangan, peranan sains dalam kehidupan, pengajian sains menurut pelbagai perspektif, teknologi dari sudut konsep, perbezaan antara sains dan teknologi, dan sejarah perkembangan.
- Kursus ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang teknologi yang ada disekeliling.
- RELEVANSI DENGAN BIDANG PENGAJIAN
- Kehidupan seharian manusia kebanyakannya bergantung kepada teknologi yang berkembang bersama ilmu sains pada masa kini, bidang ini mengembangkan aras pemikiran manusia dan menaik taraf kehidupan kita dalam semua aspek.
- Pembentangan berkaitan isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi, sistem nilai, anjakan paradigma, serta etika sains dan teknologi dalam kehidupan bermasyarakat.
- JANGKAAN MANFAAT
- Dengan menggunakan sains dan teknologi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat.
- Dapat berfikir dengan kreatif dan inovatif dalam perkembangan sains dan teknologi.
- Dapat mendalami aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan.
- KOMITMEN DAN SUMBANGAN
- Memberikan perhatian sepenuhnya di dalam kelas dan mengutarakan pendapat serta idea berkaitan tajuk yang sedang dibincangkan.
- Mengamalkan dan mempraktikkan perkara yang dipelajari berkaitan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.
- Beretika dalam melakukan sesuatu perkara dan menilai baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.
- Menghargai kajian, penemuan dan perkembangan sains dan teknologi yang telah memudahkan kehidupan seharian kita pada hari ini.