EXTRA-CURRICULAR EXPERIENTIAL LEARNING (ExCEL)

MAJLIS PENGENALAN KELAB KOLEJ TUN DR. ISMAIL 2021 (MAPEK'21) RSS

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM: MAPEK' 21(MAJLIS PENGENALAN KELAB KOLEJ TUN DR. ISMAIL 2021) dianjurkan untuk pelajar tahun satu khususnya dan untuk semua pelajar yang tinggal di Tun Dr. Ismail (KTDI). Program ini memfokuskan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang semua kelab di KTDI dan UTM. Terdapat banyak kelab yang menawarkan pengalaman baharu dan berbeza untuk pelajar seperti Kelab Gamelan, PALAPES dan banyak lagi. Selain itu, dengan menyertai kelab, mereka juga boleh mengisi masa lapang mereka..


TARIKH: 28 Oktober 2021

TEMPAT: Facebook LIVE

PENGANJUR: Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI 21/22

JAWATAN DISANDANG: Setiausaha

Communication Skills

  1. Mini report

    Majlis Pengenalan Kelab Kolej Tun Dr. Ismail 2021 (MAPEK'21) merupakan  program pertama yang saya kendali bagi biro penajaan dan keusahawanan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail 2021/2022. Meningkatkan jati diri merupakan salah satu faktor saya menyertai program ini. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran komukasi dengan menghadiri perbincangan dan melakukan gerak kerja. Atribut Graduan yang ingin saya beri tumpuan iaitu komunikasi. Hal ini kerana program ini melibatkan kelab-kelab yang ada di KTDI perlu melibatkan komunikasi dua hala yang efektif bagi melancarkan aturcara program. Program dijalan kan pada 28 Oktober 2021, bermula pada 8 malam sehingga 10.15 malam. Terdapat dua sesi iaitu sesi pengenalan kelab-kelab dan sesi pengenalan barisan jkm KTDI 21/22. Ia dimulakan dengan nyanyian Negaraku, Keunggulan Terbilang dan lagu rasmi KTDI. Kemudian, pengetua KTDI dan presiden jkm KTDI 21/22 memberikan ucapan. Seterusnya, sesi pertama iaitu sesi pengenalan barisan jkm KTDI 21/22. Akhir sekali, semua peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang kelab-kelab di KTDI dan mengisi gform kehadiran.


  2. Self-reflection
    Atribut Graduan yang ditumpukan iaitu komunikasi sangat memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas menjalankan program. Banyak prosedur yang diperlukan bagi menjayakan program. Saya dan rakan sepasukan harus melakukan beberapa perjumpaan bersama PIC(Person In Charge) bagi setiap kelab, felow, pembantu felow dan majlis tertinggi JKMKTDI 21/22. Oleh hal yang demikian komunikasi efektif dan jelas amat diperlukan bagi mengelakkan salah faham antara ahli kumpulan dan memastikan pembahagian tugas difahami oleh semua yang terlibat. Kelebihan menyertai program ini sudah tentunya merit UTM dan ecert. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran komunikasi apabila berucap di khalayak ramai. Saya juga sedar bahawa banyak cabaran apabila melaksanakan suatu program. Contohnya, sebagai setiausaha, saya tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan buletin, laporan postmortem dan sebagainya. Jadi, sebagai langkah penyelesaian, saya banyak merujuk kertas kerja yang dilakukan oleh setiausaha program lain dan banyak mendapatkan nasihat felow dan pembantu felow menyemak butiran apabila selesai melakukan suatu kertas kerja. Ianya berhasil dan saya sekarang sudah jelas akan tugasan saya sebagai setiausaha.
Details

SINAR: KURSUS ASAS BAHASA PERANCIS RSS

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM: Intensif Kursus Asas Bahasa Perancis ini telah dirumus khas untuk membimbing pelajar-pelajar menambah keyakinan bertutur dalam Bahasa Perancis sambil memberi pendedahan pelajar tentang  kosakata, tatabahasa dan sebutan dalam suasana pembelajaran yang menarik dan penuh dengan gerak kerja dan kegiatan sesuai dengan pelajar baru yang ingin mempelajari Perancis.


TARIKH: 13 November 2021

TEMPAT: Webex

PENGANJUR: 

  • Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI 21/22
  • Inisiatif Jana Kemahiran Siswa Resak (SINAR)

JAWATAN DISANDANG: Bendahari

Thinking Skills (KEMAHIRAN BERFIKIR)

  1. Mini report

    SINAR: Kursus Asas Bahasa Perancis merupakan  program yang dikendalikan oleh biro saya iaitu biro penajaan dan keusahawanan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail 2021/2022. Memeberi nilai tambah merupakan salah satu faktor saya menyertai program ini. Sambil menyelam sambil minum air adalah apa yang dapat saya gambarkan apabila saya dapat mempelajari bahasa Perancis dengan penceramah serta menjadi sebhagian dari ahli pelaksana program. Atribut Graduan yang ingin saya beri tumpuan iaitu kemhiran berfikir. Hal ini kerana program ini melibatkan kemahiran berfikir bagi menyelsaikan sausatu masalah. Program dijalan kan pada 13 November 2021, bermula pada 8.45 pagi sehingga 11.15 pagi. Kami telah menjemput ChM. Dr Mohd Akmali bin Mokhter selaku penceramah kami bagi Kursus Bahasa Perancis ini dan RM 2.00 sahaja untuk setiap pendaftaran.  Beliau banyak memberikan ilmu kepada peserta dan menceritakan pengalaman menyambung pelajaran di Perancis. Program dimulakan pada pukul 9 pagi dengan kata aluan dari moderator dan sedikit pengenalan mengenai penceramah jemputan. Terdapat dua aktiviti dijalanka semasa program iaitu kuiz dan ceramah.  Akhir sekali, semua peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang kosa kata dan cara sebutan di dalam bahasa Perancis serta pemenang kuiz diberikan saguhati.


  2. Self-reflection
    Atribut Graduan yang ditumpukan iaitu kemhiran berfikir sangat memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas menjalankan program. Banyak prosedur yang diperlukan bagi menjayakan program. Pelaksanaan program SINAR: Kursus Bahasa Perancis ketika mengalami beberapa kesulitan kerana terdapat program lain dijalankan sehari sebelum program berlansung. Oleh hal yang demikian kemahiran berfikir yang kritis amat diperlukan bagi mengelakkan sebarang masalah timbul dan melancarkan aturcara program. Kelebihan menyertai program ini sudah tentunya merit UTM dan ecert. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir secara menyeluruh apabila dapa memberi solusi dan menbahagikan waktu secara efisien sewaktu menjalankan program. Banyak cabaran dan masalah timbul yang tidak dapat dielakkan abila mahu melaksanakan sebuah program. Contohnya, sebagai bendahari, perlu mengumpul wang pendaftaran pelajar dan menyemak segala butiran peserta bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konfirmasi. Akan tetapi, akaun bank digunakan bukanlah milik saya, dan terdapat sikit percanggahan apabila menyemak butiran peserta dengan pihak pemilik akaun. Oleh sebab itu, saya pantas berfikir tentang solusi dan memutuskan penyemakkan akaun bank dan peserta berdaftar dilakukan pemeriksaan beberapa kali oleh semua majlis tertinggi program bagi mengelakkan salah informasi. Situasu tersebut banyak mengajar supaya kemahiran berfikir kritis sangat penting dalam menghadapi sebarang situasi yang tidak terjangka.
Details

SINAR: KURSUS ASAS ADOBE ILLUSTRATOR RSS

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM: Kursus Asas Adobe Illustrator diperlukan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kemahiran dalam mereka bentuk bahan hebahan seperti poster dan banner di kalangan pelajar bagi menambahbaik nilai kemahiran diri dan membentuk professional dalam bidang designing.


TARIKH: 4 & 5 MAC 2022

TEMPAT: Webex

PENGANJUR: 

  • Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI 21/22
  • Inisiatif Jana Kemahiran Siswa Resak (SINAR)

JAWATAN DISANDANG: Pengarah

 

Leadership and Teamworking Skills (Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan)

  1. Mini report
    Saya menyertai program SINAR: Kursus Asas Adobe Illustrator kerana saya ingin mempelajari bagaimana ingin melaksanakan sesuatu program. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya pelajari kerana program ini merupakan program pertama saya terpilih sebagai pengarah program. Secara tidak lansung, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan. Pada peringkat awal, kursus ini bukanlah kursus asas Adobe Illustrator, tetapi kursus kewangan. Namun atas sebab tertentu, ia diganti dengan kursus ini. Kursus ini dijalankan pada 4 dan 5 Mac 2022. Encik Azizul Azman merupakan penceramah jemputan yang diundang telah banyak memberikan kerjasama dengan pihak kami dan banyak menyampaikan ilmu kepada para peserta yang terlibat. Pada 4 Mac 2022, sesi bermula dengan pengenalan Adobe Illustrator dan semua peserta perlu melakukan latihan amali berkaitan nama program/company dan logo. Hari keesokkannya, semua peserta diminta mebuat poster dan beberapa siri penerangan berkaitan poster, logo dan sebagainya sehingga akhir program.

  2. Self-reflection
    Dengan menyertai program ini, saya dapat melatih kemahiran kepimpinan yang sangat penting kerana ini munujukkan potensi saya sebagai ketua dalam menguruskan sesuatu program. Saya juga lebih berani menyuarakan pendapat dan berjaya mengetuai sesi perbincangan dengan lancar. Saya juga sedar akan kepentingan kerja berpasukan dengan memberi peluang kepada ahli crew menyuarakan pendapat dan memberi penerangan bagi mengelakkan salah faham. Selain itu, kelebihan menyertai program sudah tentunya saya dapat pengalam menguruskan program, e-certificate dan juga merit UTM. Namun begitu, saya juga mengalami masalah pada peringkat awalnya kerana terdapat sedikit penambahan dari segi gerak kerja dan salah faham. Bagi pendapat saya, berbincang bersama semua ahli kumpulan merupakan jalan penyelesaian terbaik supaya ahli-ahli dapat diberi gambaran jelas tentang aturcara program dan pembahagian kerja yang adil.
Details