MAJLIS PENGENALAN KELAB KOLEJ TUN DR. ISMAIL 2021 (MAPEK'21) /
Communication Skills

  1. Mini report

    Majlis Pengenalan Kelab Kolej Tun Dr. Ismail 2021 (MAPEK'21) merupakan  program pertama yang saya kendali bagi biro penajaan dan keusahawanan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail 2021/2022. Meningkatkan jati diri merupakan salah satu faktor saya menyertai program ini. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran komukasi dengan menghadiri perbincangan dan melakukan gerak kerja. Atribut Graduan yang ingin saya beri tumpuan iaitu komunikasi. Hal ini kerana program ini melibatkan kelab-kelab yang ada di KTDI perlu melibatkan komunikasi dua hala yang efektif bagi melancarkan aturcara program. Program dijalan kan pada 28 Oktober 2021, bermula pada 8 malam sehingga 10.15 malam. Terdapat dua sesi iaitu sesi pengenalan kelab-kelab dan sesi pengenalan barisan jkm KTDI 21/22. Ia dimulakan dengan nyanyian Negaraku, Keunggulan Terbilang dan lagu rasmi KTDI. Kemudian, pengetua KTDI dan presiden jkm KTDI 21/22 memberikan ucapan. Seterusnya, sesi pertama iaitu sesi pengenalan barisan jkm KTDI 21/22. Akhir sekali, semua peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang kelab-kelab di KTDI dan mengisi gform kehadiran.


  2. Self-reflection
    Atribut Graduan yang ditumpukan iaitu komunikasi sangat memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas menjalankan program. Banyak prosedur yang diperlukan bagi menjayakan program. Saya dan rakan sepasukan harus melakukan beberapa perjumpaan bersama PIC(Person In Charge) bagi setiap kelab, felow, pembantu felow dan majlis tertinggi JKMKTDI 21/22. Oleh hal yang demikian komunikasi efektif dan jelas amat diperlukan bagi mengelakkan salah faham antara ahli kumpulan dan memastikan pembahagian tugas difahami oleh semua yang terlibat. Kelebihan menyertai program ini sudah tentunya merit UTM dan ecert. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran komunikasi apabila berucap di khalayak ramai. Saya juga sedar bahawa banyak cabaran apabila melaksanakan suatu program. Contohnya, sebagai setiausaha, saya tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan buletin, laporan postmortem dan sebagainya. Jadi, sebagai langkah penyelesaian, saya banyak merujuk kertas kerja yang dilakukan oleh setiausaha program lain dan banyak mendapatkan nasihat felow dan pembantu felow menyemak butiran apabila selesai melakukan suatu kertas kerja. Ianya berhasil dan saya sekarang sudah jelas akan tugasan saya sebagai setiausaha.