UHIT2302 Pemikiran Sains dan Teknologi

E-portfolio Tugasan 2

Maksud sains dan teknologi

       teknologi-hebat-pada-hari-ini.jpg

         Sains dan teknologi membawa maksud sesebuah penyelesaian yang kritis terhadap sesuatu masalah itu adalah melalui penerapan ilmu dan pengetahuan yang hanya boleh dibuktikan kebenarannya. Sains adalah sebuah ilmu  pengetahuan yang boleh diakui kesahihannya oleh pancaindera manusia melalui pelbagai kaedah saintifik yang dijalankan. Teknologi pula mempunyai hubungkait dengan sains dalam mencipta sebuah penyelesaian kepada setiap masalah agar dapat memberi kemudahan kepada umat manusia.

 

Hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi

          Pada zaman purba , manusia hanya bergantung kepada kekuatan fizikal sahaja untuk menjalani kehidupan seharian mereka.Masyarakat pada zaman itu mencipta pelbagai alatan daripada bahan mentah yang mudah didapati untuk menyelesaikan permasalahan mereka.Misalnya, penciptaan alatan batu untuk memburu binatang.Selain itu , manusia telah berevolusi sejajar dengan perkembangan tamadun manusia.Manusia telah mencari ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam untuk memperbaiki kehidupan mereka dari aspek sosial,ekonomi dan politik.

         Oleh itu, perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat telah melahirkan ilmuwan-ilmuwan hebat dari pelbagai bidang seperti, sains, astronomi, matematik dan sebagainya. Mereka inilah yang telah membuka mata masyarakat kepada kemunculan teknologi.Sebagai contoh, ilmuwan -ilmuwan seperti Archimedes , Thomas Alva Edison dan sebagainya telah mencipta pelbagai mesin dan teknologi yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia.

        Pada era globalisasi kini,penduduk dunia telah dibanjiri oleh kepesatan teknologi pintar.Masyarakat kini rata-rata sudah celik dengan perkembangan teknologi sejak kecil lagi.Rutin harian di rumah sehinggalah ke perindustrian, segalanya memerlukan teknologi yang canggih sesuai dengan peredaran masa.Oleh itu, manusia haruslah memperbaiki kelemahan diri dari segi ekonomi,politik dan sosial supaya suatu hari nanti manusia masih boleh mengawal teknologi bukan teknologi yang mengawal manusia.

 

Huraian tentang video evolusi sains dan teknologi mesir purba

   

   great-pyramid-996800.jpg

            Berdasarkan video tentang evolusi teknologi mesir purba ini, misteri bagaimana kecanggihan teknologi dan masyarakat pada zaman purba masih membawa tanda tanya kepada para ilmuwan masa kini . Mereka mampu membina binaan yang kompleks dan jika dibandingkan dengan zaman kini masih dapat memberi cabaran yang besar kepada arkitek dan jurutera.Para sainstis masa kini masih mencari jawapan terhadap perkembangan tamadun dan teknologi pada zaman dahulu supaya dapat mengatasi masalah masalah yang dihadapi pada masa kini dan masa depan.