UHIT2302-42 : e-Portfolio 2
-
- Jelaskan maksud sains dan teknologi
English Oxford Dictionary mendefinisikan sains sebagai suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau, dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum. Manakala sains islam membawa maksud ilmu pengetahuan tertentu, yang terlahir daripada hasil gabungan unsur fizik dan metafizik, gabungan antara ilmu intelek dan ilmu wahyu, gabungan antara falsafah dan sains yang pada prinsipnya selaras dengan ajaran-ajaran dan konsep-konsep dasar dalam Islam. Teknologi membawa maksud penggunaan bersistem pengetahuan sains untuk tujuan amali iaitu ntuk memudahkan sesuatu proses kerja, memaksimakan penggunaan sesuatu peralatan dan meningkatkan produktiviti serta menjimatkan masa. Hanya bentuk teknologi yang boleh memberi manfaat seperti untuk kemudahan dan kemakmuran kepada ummah dibenarkan di dalam islam manakala teknologi yang membawa kerosakan kepada minda dan fizikal tidak akan diterima oleh islam.
-
- Jelaskan bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi
Perkembangan sains di dalam tamadun islam mula berlaku sejak abad ke-8 Masihi sehingga abad ke-15 Masihi dengan berlandaskan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi disebabkan kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam. Dalam konteks tamadun Islam, sains Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai bidang. Selain itu, al-Quran merupakan sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains. Terdapat lebih kurang 756 ayat al-Quran, iaitu satu per lapan daripada keseluruhan al-Qur’an yang menyeru manusia mengkaji dan meneliti tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. yang wujud dalam alam tabii. Ayat-ayat inilah yang menjadi pendorong kepada saintis Islam lampau untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu yang telah memberi sumbangan besar kepada tamadun manusia seluruhnya.
-
- Pilih satu dokumentari berkenaan dengan STS dan huraikan dalam portfolio.
Dokumentari yang telah saya pilih ialah video yang bertajuk Hidden Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis - Rediscovered history (https://www.youtube.com/watch?v=Qo5gqkkyVAE). Seorang lelaki telah merantau ke Dwarka untuk mengkaji lebih dalam tentang artifak yang dijumpainya yang merupakan teks kuno yang dikenali sebagai Mahabharata. Mahabharata telah menyebut bahawa Dwarka adalah sebagai bandar yang indah yang telah dibina oleh Krishna yang kemudiannya ditelan laut membuatnya hilang. Dia menceritakan tentang perkembangan sains dan teknologi Dwarka pada zaman dahulu dan kaitkan dengan sains dan teknologi pada zaman kini.