UHIT 2302 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Tanggapan Awal Terhadap Kursus Pemikiran Sains Teknologi

NAMA : NUR AISYAH NADHRAH BINTI MOHAMMAD SHAKRY 

PROGRAM : PSYCHOLOGY AND HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT 

SEKSYEN : 42

KAUM : MELAYU

AGAMA : ISLAM

 

Tanggapan awal saya terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut kandungan utama ialah saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman dahulu kala sehingga zaman moden. Selain itu,  pemikiran sains dan teknologi dapat dikaitkan dengan ekosistem yang meliputi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. Sains dan teknologi serta agama tak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian kita dan dua perkara ini harus lah sering dikaitkan supaya tidak melampaui batas dari segi nilai dan etika.

Relevansi dengan bidang pengajian saya iaitu bidang psikologi ialah dengan adanya sains dan teknologi, penyelidikan dan eksperimentasi dapat dijalankan dengan lebih mudah dan dapat membantu orang dengan lebih ramai. Dengan alat-alat dan kemudahan yang tertentu, prosesnya akan berlaku dengan lebih efisien. Seperti di dalam bidang neurosains, alatan canggih dapat memainkan peranan untuk mendapat keputusan imbasan otak yang lebih tepat dan terperinci. 

Dari segi jangkaan manfaat pula dapat meringankan beban manusia dengan wujudnya pelbagai kemudahan yang sering digunakan di dalam kehidupan seharian seperti mesin basuh, kenderaan dan sebagainya. Dalam bidang perubatan, pelbagai alatan yang telah diciptakan untuk mempercepatkan proses dan memberi diagnosis yang lebih tepat. Seperti alatan di dalam dewan pembedahan yang mampu mempercepatkan proses pembedahan. Dalam bidang pertanian pula, sistem perairan yang canggih dan alatan jentera dapat memudahkan kerja manusia tanpa mengunakan banyak tenaga.

Antara komitmen dan sumbangan sains dan teknologi ialah dapat meringankan beban manusia dan memudahkan pekerjaan mereka di dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemikiran sains dan teknologi dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada manusia. Seterusnya adalah membuat manusia untuk sentiasa ingat akan nilai dan etika supaya tidak melampaui batas dalam pemikiran sains dan teknologi.