UHMS1172 - MALAYSIAN DYNAMIC

Program Anak Yatim Raudhatul Maryam

Program Anak Yatim Raudhatul Maryam

Pada 28 November, pelajar seksyen 20 subjek Dinamika Malaysia, UHMS1172 telah menjalankan projek terakhir kami iaitu program “Care 4D Orphan” yang bertempat di rumah anak yatim Raudhatul Maryam. Rumah anak yatim tersebut terletak berhampiran dengan UTM. Pensyarah kami, Encik Hassan bin Hushin merupakan penasihat program kami. Beliau telah banyak membimbing kami dalam menjalankan projek ini. Anak-anak di rumah tersebut terdiri daripada 5 kategori, iaitu anak yatim piatu, anak dari keluarga miskin, anak luar nikah, anak yang dibuang dan anak yang ayahnya berada di penjara. Tanpa mengira perbezaan status di rumah tersebut, kami telah menjalankan pelbagai aktiviti menarik ketika menjalan program ini seperti ‘explorace’ yang melibatkan anak-anak yatim sebagai peserta dan pelajar seksyen 20 sebagai ajk aktiviti. Selain itu, aktiviti memasak juga dijalankan di rumah tersebut oleh pelajar seksyen 20. Tambahan pula, kami juga telah berjaya mengumpul sejumlah wang sebagai sumbangan ikhlas untuk diberikan kepada rumah tersebut.

photo6271667668784359648.jpg.1

               Seterusnya, antara tujuan projek program “Care 4D Orphan” adalah unutk memberikan pengalaman dalam pada masa yang sama pembelajaran berkaitan dunia luar yang disampaikan dengan menarik dan seronok. Tidak dilupakan juga, objektif lain program ini juga ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelar untuk lebih menghargai dan menyayangi ibu bapa dan keluarga. Akhir sekali, program ini juga memupuk semangat prihatin dalam diri pelajar untuk membantu golongan yang memerlukan.

               Kesimpulannya, program yang dijalankan di rumah anak yatim Raudhatul Maryam telah mendatangkan pelbagai manfaat kepada anak-anak yatim di rumah tersebut dan juga kepada diri pelajar sendiri.  Sumbangan sebanyak RM1541.00 juga telah berjaya dikumpulkan hasil kerjasama orang awam dan Yayasan Pendidikan Hidayah. Tanpa sokongan kuat serta nasihat berilmu daripada pensyarah, Encik Hassan bin Hushin, sudah tentu program tidak dapat berjaya seperti ini. Projek ini merupakan salah satu detik dan pengalaman manis dalam hidup saya. Kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bemuhasabah diri dengan melihat kesusahan dan kepayahan hidup dalam kehidupan anak-anak yatim tersebut.

photo6269208602438904557.jpg.2