E-Portfolio 2
TUGASAN E-PORTFOLIO 2
- Berikan analisis secara terperinci hubungan antara sains, teknologi dan kemanusiaan.
Ketika ini, kita semua tahu bahawa sains semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi yang canggih. Perkembangan sains dan teknologi semakin mempengaruhi kehidupan manusia. Masyarakat kini lebih banyak bergantung kepada penggunaan alat-alat teknologi yang sudah tentu melibatkan prinsip-prinsip sains. Hal ini demikian kerana pemahaman daripada masyarakat umum terhadap konsep-konsep sains ini adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan dan alam sekitar, menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dan semestinya dengan menggunakan peralatan teknologi yang dicipta untuk memberikan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan sains dalam kehidupan seharian manusia di muka bumi.
- Jelaskan maksud sains dan teknologi.
Mengikut rujukan daripada Kamus Oxford Edisi Ke Empat 1989 (Cowie et.al. 1989) ia mendefmisikan bahawa sains adalah sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang sistematik diperolehi melalui pemerhatian dan pengujian fakta tentang alam semula jadi. Sains boleh terlibat dalam banyak perkara. Ia adalah hasil penyelidikan yang mempunyai kaedah tertentu, satu pengetahuan sistematik, satu alat menyelesaikan masalah, satu institusi sosial, memerlukan sumber bahan, satu sumber kebudayaan yang perlu diurus dan merupakan satu faktor utarna dalam pembinaan masyarakat. Seterusnya, teknologi juga boleh ditakrifkan dalam pelbagai maksud (Gardner et al., 1990). Salah satu definisinya ialah teknologi sebagai alat atau proses-proses pembinaan yang menuju ke arah pembentukan alat tersebut.
- Jelaskan bagaimana hubungan sains & teknologi dengan manusia mengalami evolusi.
Seperti yang kita tahu, evolusi sains berlaku melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden. Tamadun Yunani muncul hasil interaksi budaya Mesopotamia, Babylon dan Mesir kuno. Asas falsafah Sains Tamadun Yunani ialah mengenai perkara kebendaan atau dikenali sebagai materialisme. Seterusnya, perkembangan sains dalam tamadun Islam yang berlaku mula abad ke-8 Masihi berteraskan agama sebagai dasar falsafah sainsnya. Kekuatan rohani daprinsip yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi dan hebat seperti Ibnu Sina. Kita dapat lihat bahawa sains Islam telah mencapai perkembangan yang pesat dan banyak menyumbang ke arah kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai bidang. Al-Qur’an telah menjadi sumber utama tamadun Islam banyak mengandungi maklumat-maklumat tentang kajian sains yang telah membantu para cendekiawan Islam untuk mengembangkan kajian bidang sains. Beberapa isi kandungan kitab al-Quran inilah yang menjadi pendorong kepada ilmuwan Islam zaman dahulu untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu yang telah memberi sumbangan besar kepada tamadun manusia seluruhnya.
- Pilih satu dokumentari berkenaan dengan STS dan huraikan.
Dokumentari : https://www.youtube.com/watch?v=Qo5gqkkyVAE
Berdasarkan dokumentari di atas, ia menceritakan di mana sebuah kota lama yang dulu gemilang di India yang hilang pada masa ini. Dokumentari ini menujukkan sebuah pencarian mengenai kota yang bernama Dwarka yang membawa maksud pintu atau pagar masuk. Benarkah kota Dwarka ini wujud? Perkara ini yang menjadi persoalan dalam dokumentari ini. Namun begitu, pencarian demi pencarian dibuat ada beberapa sumber bukti yang menunjukkan terdapat ahli arkeologi yang ada terjumpa barang-barangan, artifak, dinding bangunan dan barang yang berusia 32000 tahun yang lalu. Pencarian ini bermula pada tahun awal 1960s namun telah berhenti secara misteri pada tahun 1990s. Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada beberapa pihak. Kenapa ia diberhentikan? Apakah yang cuba disembunyikan? Terdapat juga bukti pencarian yang mengatakan bahawa terdapat dua buah kota yang sebernarnya wujud ketika suatu masa dahulu di situ. Ini dibuktikan melalui penemuan artifak (painted pottery) di kota Harappan yang menunjukkan pada zaman inilah zaman di mana Dewa Krishna hidup. Dokumentari ini juga ada menceritakan mengenai kota Dwarka dalam kitab Mahabrata yang terkenal ketika duluu. Mahabrata menceritakan bahawa kota Dwarka memang wujud dengan penuh kegemilangan dengan perdagangan Arab atau India dan pelbagai tokong yang dibina di sana. Seterusnya, beberapa persoalan terjawab dan membawa kepada bandar lain yang mengambil masa 10 jam dari kota Dwarka iaitu Vadodara.