E-Portfolio 1
NAMA : NORALIZAH BINTI MD TAP
PROGRAM : PSIKOLOGI & PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
KAUM : MELAYU
AGAMA : ISLAM
NEGERI : JOHOR
KELULUSAN TERDAHULU : MATRIKULASI
E-PORTFOLIO
Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi dari sudut :
- Kandungan utama
Pada pandangan, kandungan utama bagi subjek Pemikiran Sains Teknologi (PST) ini amat menarik kerana ia mengandungi pelbagai aspek dari segi sejarah berkenaan agama dan juga mempunyai kaitan sains dan teknologi. Banyak perkara yang dapat dipelajari menerusi bab - bab yang terdapat dalam kursus ini. Sebagai contoh, mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga lah ke pada era masa kini. Melalui kursus ini, saya dapat merasakan bahawa kandungan utamanya adalah cukup jelas untuk dipelajaridan didalami.
- Relevansi dengan bidang pengajian
Kursus PST ini bagi saya adalah relevan dalam bidang pengajian yang sedang saya ikuti iaitu Psikologi dan Pembangunan Sumber Manusia. Namun begitu, kursus ini juga turut sesuai dipelajari dan diserap masuk ke dalam mana-mana bidang pengajian pun. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa saya boleh mengguna pakai teknik-teknik ataupun cara-cara pemikiran pada zaman dahulu yang sesuai diaplikasi pada masa ini. Selain itu, kita juga dapat mengambil iktibar melalui kursus ini di mana ia ada menunjukkan situasi ataupun insiden yang berlaku pada masa lepas dan perbaikinya pada zaman sekarang.
- Jangkaan manfaat
Pada pendapat saya, banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar-pelajar melalui pembelajaran kursus PST ini. Antaranya ialah :
- Pelajar dapat menerangkan perkara mengenai perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini.
- Pelajar dapat membuat kesimpulan yang berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan.
- Isu-isu semasa berkaitan transformasi dan inovasi dalam pemikiran sains dan teknologi dapat dianalis dan dikaji dengan lebih mudah.
- Pelajar mampu menentukan cara menyelesaikan masalah dan memperlihatkan kefahaman yang dalam berkaitan dengan masalah serta dapat menjelaskan faktor terjadinya dengan baik.
- Pembelajaran kursus PST ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negaraseperti apa yang berlaku pada zaman kejahilan, zaman renaissance dan sebagainya.
- Komitmen dan sumbangan
Sumbangan kursus ini adalah ia dapat menyediakan pelbagai pengajaran yang dapat dijadikan teladan dan panduan hidup. Ciri-ciri kemanusiaan dapat dibina dengan lebih cemerlang, perasaan simpati mulai dipupuk dan empati juga diwujudkan supaya perjuangan tokoh awal dihargai dan dikenang dan kekal dalam kesedaran para pelajar supaya dapat merujuk kepada nilai perjuangan insan yang murni menjadi ikutan dan teladan. Tokoh sejarah boleh dijadikan role model yang boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya.Untuk mewujudkan pembuat polisi yang baik kita perlu melihat kepada pembentukan polisi yang awal, kebaikan dan kegagalannya, ini diperoleh daripada sejarah, belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya. Selain itu, sains dan teknologi membawa kita semua manusia kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi tidak boleh dinafikan. Sebagai contoh, teknologi maklumat yang berkembang maju pada hari ini memungkinkan semua struktur masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat.