Malaysian Dynamic

Details

Programme (12).png

 

                   Dinamika Malaysia mengandungi pelbagai aspek yang dikaji mengenai negara Malaysia. Pendekatan ilmu sains sosial, sains politik dan hubungan antarabangsa digarap sepenuhnya bagi memrihalkan dinamika sebuah negara-bangsa bernama Malaysia. Subjek ini mengetengahkan perkembangan sejarah Malaysia sejak zaman kesultanan sehingga zaman moden.

                   Subjek ini juga telah membuka minda generasi muda untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain walupun berasal dari latar belakang yang berlainan. Kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri apabila belajar subjek ini. 

                   Kesimpulannya, subjek ini lebih kepada pembangunan negara yang mana kita sebagai rakyat Malaysia wajib menitik beratkan mengenai hal- hal isu semasa yang berlaku di negara kita bagi menjamin kelangsungan pentadbiran Malaysia pada masa akan datang.