Minggu ke tiga di Baitus Solehah
- Aktiviti untuk mengetahui tahap stress penguni pada waktu itu
- Menggunakan medium soal selidik bagi mengetahui tahap stress mereka
- Melalui aktiviti ini saya amat terkejut sekali ada penghuni yang meletakkan jawapan untuk soalan soal selidik itu dengan nilai yang tinggi. Saya mula bertanya punca beliau meletakkan nilai yang tinggi, beliau kata hal itu sering terjadi kepada beliau dan pada masa yang sama saya mula meneroka masalah yang sedang beliau alami
- Setelah meneroka saya lihat perubahan raut wajah mereka dari sugul kepada gembira. Hal ini kerana, beliau sudah berkongsi masalah dengan orang lain dan beban yang beliau pikul sudah ringan
- Apa yang saya perolehi pada minggu ini, saya dapat melihat kecekalan hati seorang pelatih bawah umur mampu menerima ujian yang begitu berat
Aktiviti dyad
- Aktiviti dyad perlu mempunyai matlamat yang jelas
- Kumpulan ini dibentuk untuk dua orang sahaja
- Kumpulan ini sesuai digunakan untuk perbincangan tugasan dan lain-lain
Seperti biasa dyad ini mempunyai proses yang sama dalam kaunseling kelompok iaitu permulaan, perbincangan dan pengakhiran
Minggu ke dua di Baitus Solehah
- Aktiviti memberikan situasi kepada penghuni dan mereka perlu mencari jalan penyelesaian
- Banyak jalan penyelesaian yang diberikan sangat tidak disangka kerana jika kita berada disituasi itu, kita juga mahu keluar dari keadaan yang kita tak kenal orang lain tetapi ada di antara penghuni yang cuba tinggal di kawasan yang kita tidak kenal sesiapa disana
- Melalui aktiviti ini kita boleh menilai ada penghuni yang boleh menerima cabaran serta sanggup mengharungi pelbagai rintangan walau apa pun yang berlaku
Aktiviti ke rumah Baitus solehah
- Pada permulaannya saya berasa kekok dengan penghuni di situ
- Tetapi setelah berkenalan dengan mereka, saya berasa semakin mesra
- Permulaan aktiviti di Baitus Solehah adalah membentuk tanah liat bagi menggambarkan emosi mereka pada ketika itu
- Aktiviti ini bertujuan bagi meneroka emosi penghuni pada masa itu dan membantu diri mereka untuk keluar dari emosi tersebut
- Kami sebagai helper tidak memberikan jalan penyelesaian tetapi kami bertanya pendapat kepada ahli lain untuk menyelesaikan masalah tersebut
- Banyak ilmu yang saya pelajari antaranya saya belajar untuk tidak menghukum orang sebelum dengar cerita yang benar, belajar erti pengorbanan seorang ibu dan ilmu bersikap sabar dalam apa jua ujian yang diterima
About me
- First name: NOR ANIRA BINTI KAMISAN
- Faculty: A15HA0296
- Student ID: A15HA0296
- Display name: NOR ANIRA BINTI KAMISAN
Aktiviti untuk penghuni Baitus Solehah
- Aktiviti yang bertujuan untuk meneroka masalah yang dialami oleh penghuni
- Contoh aktiviti yang kami cipta ialah kami menunjukkan gambar perempuan mengandung yang sedih dan perempaun mengandung yang gembira serta bertanya penghuni yang mana satu mereka.
- Soalan ini bagi membantu kami mengetahui emosi penghuni pada masa itu
- Selain itu, membantu kami untuk meneroka sebab emosi tersebut timbul
Self reflection untuk subjek kreatif dan kritikal thingking
Saya berperanan sebagai ahli kumpulan untuk mengajar kraft kepada murid yang hadir pada hari festival.Saya gunakan pelbagai strategik untuk memainkan peranan saya sebagai ahli. Sebagai contoh, saya memberikan seberapa banyak idea untuk menjadikan aktiviti kraft ini sebagai aktiviti yang menarik dan sekaligus membantu pelajar berfikir secara kreatif serta kritis dalam membentuk kraft yang bakal dihasilkan.Semasa festival ini dijalankan terdapat beberapa cabaran yang dihadapi antaranya ialah barang yang telah disediakan hilang tanpa dapat dijumpai. Oleh itu, kami mengambil langkah yang drastik dengan meminjam barang seperti pen warna daripada kumpulan yang membuat lukisan.Proses yang membentuk bingkai gambar sangat memerlukan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis.Ini kerana, bagi menyusun gulungan kertas pada tapak bingkai terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan. Saya mendapat pelbagai pelajaran daripada aktiviti ini, antaranya sifat sabar dalam membentuk bingkai gambar, ilmu membentuk bingkai gambar serta dapat mengasah fikiran saya supaya berfikir secara kreatif dan kritis.
Style Kepimpinan
Pada minggu yang ke dua, apa yang dapat saya belajar adalah mengenai prinsip utama dalam kaunseling kumpulan. Antara prinsip utamanya ialah seseorang itu tidak kisah dipimpin oleh siapa, asalkan pemimpin itu adil. Kaunseling juga perlu dijalankan secara harmoni dan tidak memberikan kebosanan kepada client yang mencerita masalah. Bagi mengelakkan kebosanan komunikasi yang baik perlu diterapkan. Tujuan kaunseling juga perlu jelas. Ini bagi mengelakkan kumpulan kaunseling berceita mengenai hal yang tidak sepatutnya dibincangkan. Style kepimpinan dalam kumpulan ada tiga, iaitu active style, pasif dan membimbing. Active style ialah ketua hanya mendengar masalah client, manakala pasif style pula ketua terlibat dan client yang menentukan arah tuju dan kandungan. Style membimbing pula di mana Dr memberikan maklumat mengenai tugasan dan pelajar perlu membuat tugasan tersebut sehingga selesai. Semasa kelas ini juga saya mendapat maklumat terhadap perbezaan interpersonal dan intrapersonal. Di mana, interpersonal ialah interaksi di antara rakan dan intrapersonal, interaksi terhadap diri mereka sendiri. Tahap untuk berkongsi maklumat atau masalah di dalam kaunseling kumpulan ada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pekerjaan dan tahap penutup. Di dalam tahap permulaan, ketua perlu memperkenalkan diri, beritahu tujuan kaunseling ini di adakan dan bentuk kepercayaan kepada client. Selain itu, beritahu undang-undang dan tempoh masa kaunseling itu dijalankan. Manakala proses yang ke dua pulan client dan ahli kumpulan yang lain perlu fokus terhadap tujuan yang hendak dicapai. Di dalam tahap ini client perlu lebih berkongsi masalah. Pada pengakhiran sesi iaitu pada tahap penutup client dan ahli kumpulan yang lain perlu bersepakat untuk memilih jalan penyelesaian yang dihadapi oleh mereka.
Therapeutic Process
Therapeutic process ada empat ciri. Ciri yang pertama adalah rasa di terima oleh ahlik kumpulan. Di mana, setiap ahli kumpulan akan berasa diterima oleh ahli yang lain bagi mewujudkan suasana yang selesa. Selain itu, setiap ahli tahu apa tujuan kumpulan kaunseling pada masa itu dibentuk. Ini bagi memudahkan para ahli untuk menyampaikan masalah yang dihapai oleh mereka. Setiap ahli juga perlu rasa kepunyaan. Maksudnya setiap ahli perlu menyimpan apa sahaja cerita yang disampaikan oleh ahli kumpulan mereka. Ciri yang terakhir ialah rasa selamat untuk bercerita masalah kepada orang lain. Maka sekiranya empat ciri tersebut tidak ada maka ahli akan berfikiran negatif. Kumpulan kaunseling dibentuk dan diberitahu tujuannya adalah bagi memudahkan leader membentuk aktiviti yang sesuai. Ahli kumpulan juga perlu di hadkan bilangannya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti malu untuk bercakap kerana kumpulan terlalu ramai. Masa juga perlu dihadkan bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya diceritakan. Bagi kumpulan kaunseling kedudukan leadaer dan ahli perlu membentuk secara bulatan. Ini kerana, memudahkan leader mendengar masalah ahli. Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan tertutup dan terbuka. Kumpulan tertutup tidak menerima ahli lain manakal kumpulan terbuka pula ahli sedia ada wujud di dalam kumpulan dan kumpulan ini menerima ahli baru untuk menyertaainya.
Keberkesanan kaunseling kumpulan
Pada minggu pertama belajar mengenai kaunseling kumpulan saya dapati banyak kelebihannya. Antaranya memudahkan helper menyelesaikan masalah. Ini kerana, client berkongsi masalah yang sama. Selain itu, menjimatkan masa bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian kerana, masalah yang sama di antara client membantu helper memberikan bimbingan yang sama. Di dalam kunseling kumpulan juga dapat menambahkan maklumat client dan helper. Maklumat tambahan di dapati melelui perkongsian cerita daripada client. Client juga mudah untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Ini kerana, mereka berasa yakin diri untuk berkongsi cerita disebabkan oleh kawan yang lain turut berkongsi cerita. Kaunseling kumpulan turut mempunyai kekurangan. Antara kekurangannya ialah tidak ada kerahsiaan. Tiada kerahsiaan yang boleh disimpan oleh client disebabkan client sudah menceritakan masalah yang di hadapinya di hadapan client-client yang lain. Client juga berpotensi mengatakan benda yang sama. Ada kemungkinan kejadia seperti itu berlaku kerana client tidak mempunyai idea yang lain. Pada minggu ini juga Dr memberitahu ciri-ciri seorang ketua yang effective. Antara cirinya ialah confident, pendengar yang baik dan empati. Jenis kumpulan yang boleh dibentuk untuk menjadi kumpulan kaunseling ialah kumpulan education, kumpulan pembimbing, kumpulan perbincangan atau kumpulan tugasan.