Tugasan Portfolio 2
TUGASAN PORTFOLIO 2
Berikan analisis secara terperinci hubungan antara sains, teknologi dan kemanusiaan.
Sains dan teknologi sangat memberi manfaat kepada kehidupan manusia namun berpotensi mendatangkan keburukan jika tidak diguna dengan cara yang betul. Perkembangan sains dan teknologi telah memudahkan urusan seharian manusia dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, komunikasi dan perhubungan, perniagaan dan lain-lain. Pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia serta memberikan hasil yang lebih bermutu.
Sebagai contoh, penciptaan telefon membolehkan manusia saling berkomunikasi dan berhubung walaupun berada di tempat yang jauh. Terdapat juga aplikasi panggilan video seperti ‘Skype’ dan ‘Whatsapp’ yang membenarkan seseorang itu melihat wajah orang yang dihubungi. Kesannya hubungan silaturrahim semakin erat.
Selain itu, sains dan teknologi membantu meningkatkan taraf kesihatan manusia. Hal ini berlaku demikian, pelbagai kaedah dan peralatan yang canggih dicipta untuk mengesan dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Penyakit yang berjaya dikesan pada peringkat awal berpeluang untuk diubati dan sembuh berbanding penyakit yang sudah pada tahap akhir. Sebagai contoh, kanser yang dikesan pada tahap satu menggunakan peralatan Endoskopi Ultrabunyi (EUS) berpeluang untuk sembuh melalui radioterapi, kemoterapi, ubat, dan sebagainya.
Sains dan teknologi yang disalah gunakan oleh manusia rakus dan tamak boleh mengancam keamanan sejagat. Sebagai contoh, peperangan yang sering melanda Gaza dan Palestin sejak dahulu lagi berkait rapat dengan keburukan sains dan teknologi. Hal ini dikatakan demikian, sains dan teknologi digunakan sebagai mekanisma yang jelas dalam suatu peperangan seperti meriam, roket, kereta kebal, pesawat canggih, dan kapal perang.
Peristiwa berdarah ini sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai kemanusiaan terutama pada individu yang sentiasa membekalkan senjata-senjata perang untuk mencederakan dan membunuh mereka yang tidak bersalah. Tentera yang membunuh penduduk Gaza dan Palestin juga sudah tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh kanak-kanak, wanita, dan golongan tua sesuka hati.
Di samping itu, penggunaan teknologi yang salah seperti buli siber boleh mendatangkan keburukan kepada mangsa. Sebagai contoh, mangsa boleh bertindak membunuh diri akibat terlalu tertekan. Aplikasi ‘Whatsapp’, Instagram, dan ‘Facebook’ sepatutnya digunakan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan bukannya menjadikan hubungan semakin keruh. Pelbagai fitnah, kata-kata kesat, dan carutan ditaip menerusi aplikasi tersebut menyebabkan sesetengah pihak terasa hati dan kemurungan.
Jelaskan maksud sains dan teknologi
Perkataan asal sains berasal dari Bahasa Inggeris iaitu science. Dalam Bahasa Latin, scientia bermaksud pengetahuan manakala dalam Bahasa Arab, Al-Ilm yang bererti tahu. Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.
Sains bermula dengan pengalaman, diikuti dengan mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Tujuannya adalah untuk memahami dunia yang berada di sekeliling kita. Sebagai contoh, proses penurunan hujan.
Teknologi pula bermaksud kaedah saintifik atau aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk mencapai tujuan praktikal sama ada dalam industri, perniagaan, pertanian, dan perubatan. Perkataan teknologi berasal daripada perkataan Greek iaitu teknologia. Tekne membawa maksud seni, kemahiran, dan rekaan manakala logia bermaksud pembelajaran dan kajian.
Konsep teknologi juga sangat meluas. Antaranya ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Terdapat juga definisi teknologi dari sudut pandangan Islam iaitu satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar bertunjangkan tauhid kepada Allah SWT, seimbang antara satu sama lain yang terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah SWT untuk menggunakan alam dengan baik (SITI NABILA BINTI MOHAMAD FAUZI, 2017)
Jelaskan bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi
Evolusi sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden. Sains dan teknologi berkembang seiring dengan corak pembangunan tamadun manusia di muka bumi. Hal ini dikatakann demikian, perkembangan ini berlaku sejajar dengan peningkatan nilai intelektual dan naluri semula jadi manusia untuk memerhati, mengenal, dan memahami persekitarannya dan tujuan penciptaannya.
Penterjemahan buku-buku Arab ke dalam bahasa Latin dan Roman daripada semua bentuk dan cabang pengajian sains giat dijalankan bagi pemantapan ilmu sains dan teknologi. Saintis-saintis Barat dikatakan banyak mendapatkan maklumat dan mengakui hasil kajian dan penemuan itu adalah hak milik mereka walaupun saintis Islam terlebih dahulu mengkajinya.
Sebagai contoh, Isaac Newton telah menjalankan eksperimen graviti berdasarkan hasil kerja Al-Haitham. Al-Haitham merupakan tokoh dalam bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik.
Sikap manusia terhadap alam semula jadi dan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah serta keperluan-keperluan tertentu merupakan faktor pemangkin terhadap perkembangan pengajian sains dan teknologi itu sendiri.
Pilih satu dokumentari berkenaan dengan sains dan teknologi dan huraikan dalam portfolio.
Dokumentari yang saya telah pilih ialah ‘Hidden Ancient Technology Secret Science of The Gods and Atlantis Rediscovered History’. Tempat-tempat bersejarah peninggalan masyarakat kuno di seluruh dunia merupakan kunci kepada masa depan. Hal ini dikatakan demikian, mereka mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui. Pernahkah kita terfikir, bagaimana masyarakat kuno membina begitu banyak bangunan canggih dan mengetahui tentang astrologi dari sebesar-sebesar perkara hingga ke sekecil-kecil perkara? Apakah jenis teknologi yang digunakan oleh mereka yang mana manusia pada hari ini tidak mampu untuk menciptanya? Persoalan-persoalan inilah yang akan mendorong generasi hari ini untuk meneroka lebih dalam bagi mendapatkan jawapan kepada kemajuan teknologi masyarakat kuno.
Seorang cendekiawan, Ayn Rand, ada menyatakan bahawa kebenaran bukan untuk semua manusia tetapi hanya kepada mereka yang mencarinya. Kata-kata ini sedikit sebanyak mendorong saya sebagai penuntut di universiti penyelidikan untuk mengkaji lebih dalam mengenai sejarah negara ini.
Terdapat bukti-bukti saintifik bahawa tamadun purba banyak menggunakan teknologi untuk membina susuatu yang menakjubkan di seluruh dunia. Sebagai contoh, piramid, jambatan purba, kuil-kuil, kota-kota dan binaan-binaan lain. Hal ini telah mendorong pengkaji muda ini untuk menerokai kisah kota kuno yang tenggelam di pantai India, Dwarka. Kota tersebut menjadi salah satu tamadun tertua kerana penemuan beberapa jenis barang yang disahkan berusia 32 000 tahun lalu. Beliau tertanya-tanya mengapa kerja-kerja penggalian dihentikan kerana jika apa yang pengkaji-pengkaji dahulu temukan merupakan milik tamadun tertua dengan teknologi-teknologi kuno seperti mesin terbang dan senjata nuklear, seolah-olah seperti sedang disorok oleh mereka.
Hal ini sangat menghairankan kerana masyarakat kuno terlebih dahulu berkemahiran dalam membuat kereta terbang. Mereka telah meninggalkan kita sudah beribu-ribu tahun namun kita masih belum mampu menggunakan kereta terbang lagi.
- Kitab Mahabratha
Kitab ini merupakan sastera utama masyarakat India purba yang epik dan terpanjang. Terdapat banyak percubaan untuk membongkar sejarah dan lapisan komposisinya kerana kitab ini mengandungi teks yang sangat kompleks terdiri daripada 18 buah buku yang menghuraikan peperangan antara Pandavas, diketuai oleh Krishna dan Kauravas yang diketuai oleh Shiva. Dikatakann seramai empat juta askar jahat yang mati dalam masa 18 hari peperangan.
Kitab ini juga menghuraikan sebuah kota yang sangat cantik bernama Dwarka yang dibina oleh Krishna. Kota ini akhirnya ditenggelami oleh air laut dan kemudiannya digelar sebagai kerjaaan bawah air. Saintis pada hari ini gigih mencari bukti tentang kebenaran peperangan ini. Persoalannya, adakah Krishna wujud pada masa itu? Betulkah terdapat perang besar di Dwarka?
Seorang profesor Fizik di Universiti Memphis, Dr. Nara Hari Archar, telah menemukan rujukan astronomi yang menyebut tentang perang tersebut. Secara tradisional, masyarakat India percaya perang tersebut berlaku 3000 sebelum masihi tetapi para cendekiawan/ sarjana moden yang mempunyai pendekatan kritikal terhadap bidang tersebut telah berbeza pendapat. Profesor itu menegaskan terdapat bermacam-macam jenis peristiwa astrologi yang disebut dalam teks-teks purba, terdiri daripada gerhana, komet, dan kedudukan planet dengan bintang yang berbeza.
Antara perkara yang paling menarik ialah kemunculan dua komet yang berapi-api merah yang disebut di dalam Kitab Mahabratha. Komet-komet ini dinamakan Udyoga Parva dan Bhishma Parva. Ternyata komet tersebut telah diceritakan dalam dua buku Mahabratha. Pada masa yang sama, planet Zuhal berada di Aldebran dan planet Marikh berputar dalam arah yang berlawanan dari yang sepatutnya. Pernahkan anda terfikir, apakah teknologi yang diguna pakai oleh tamadun kuno untuk melihat kejadian-kejadian alam yang berlaku dia luar sana? Bagaimana mereka mengetahui alam semesta dengan terperinci? Kajian-kajian tersebut membuktikan tamadun kuno sangat pakar dalam ilmu sains dan teknologi sebelum kita.
Gerhana bulan berlaku pada bulan Kartika (biasanya pertindihan bulan Oktober dan November) di Pleiades yang terletak dalam buruj Taurus. Mahabratha juga ada menyebut, kejadian gerhana bulan tadi disusuli oleh kejadian gerhana matahari berdekatan Antares (buruj Scorpio). Profesor mengambil bukti tersebut dan mengkajinya bermula dari tahun 3500 sebelum masihi sehingga 500 selepas masihi. Beliau menemui terdapatnya 137 kebetulan di mana Zuhal berada di Aldebran.
Apabila planet Zuhal melintasi Aldebran, para astrologi mengaitkan kejadian ini dengan dengan peperangan besar dan ganas. Sekitar tahun 2001, kejadian alam yang sama telah berlaku dikaitkan dengan serangan pengganas di Pusat Dagangan Dunia di Manhattan dan menyebabkan bangunan berkembar itu runtuh. Dr. Archar mencari selama bertahun-tahun kejadian planet Marikh beredar dalam arah berlawanan berdekatan Antares namun perkara sebaliknya telah berlaku. Jumlah 137 telah berkurang kepada hanya 17 tahun kemungkinan. Kemudian, beliau menspesifikkan lagi tarikh-tarikh tersebut kepada tahun yang hanya mencatatkan kejadian gerhana bulan pada bulan Kartika. Ini menyebabkan jumlah 17 telah berkurang kepada dua.
Dr. Archar telah mengenal pasti dua tahun tersebut sebagai 2183 dan 3067 sebelum masihi. Pada tahun 2183 sebelum masihi, solstis musim sejuk telah berlaku dalam fasa bulan turun manakala pada tahun 3067 sebelum masihi, ia berlaku semasa fasa bulan naik sebelum kejadian bulan penuh. Fasa bulan naik ialah apa yang tercatat dalam Mahabratha dan apa yang Dr Archar cari selama ini.
Peperangan antara Krishna dan Shiva
Tahun 3067 sebelum masihi merupakan tahun berlakunya peperangan besar sebagaimana yang diterangkan dalam teks kuno Mahabratha. Lebih mengejutkan, tarikh tersebut telah dibuktikan kesahihannya melalui kaedah saintifik moden. Hal ini berlaku demikian, kitab itu sendiri adalah huraian fakta tentang peristiwa perang yang berlaku pada masa itu.
Pengkaji muda juga menemukan rujukan tentang Dwarka dan mesin terbang (dikenali sebagai Vimanas dalam teks kuno) sebanyak 41 halaman di dalam Mahabratha. Pengkaji tertarik untuk mengetahui lebih lanjut kerana terdapatnya halaman tentang serangan udara oleh Raja Shiva ke atas Kota Dwarka milik Krishna. Raja Shiva dikatakan memiliki mesin terbang udara yang dikenali sebagai Soba Buddha. Butiran terperinci mengenai mesin terbang tersebut boleh ditemui dalam teks sanskrit Bhagavata Purana atau Shrimad Bhagwata.
Antara petikan teks tersebut ialah:
“Arjuna yang gagah berani, duduk di dalam Vimana dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa yang sekali tembak dapat menghanguskan seluruh wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.”
Arjuna yang dimaksudkan dalam petikan tersebut ialah Raja Shiva.
“Dalam sekejap mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gulita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mulai bertiup disertai dengan debu pasir, burung-burung menjadi panik, seolah-olah langit runtuh, dan bumi merekah.”
Pandawa yang dimaksudkan ialah Kota Dwarka.
“Matahari seakan-akan bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kerontang, ikan, udang dan lain-lain semuanya mati.”
“Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat pasukan musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus.”
Apabila Krishna hendak memulakan serangan balas, Raja Shiva menggunakan segala kuasa khas Vimana untuk mengelak kemusnahan. Krishna kemudiannya menembak peluru berpandu dari langit dan membaling senjata dari darat mengenai mesin terbang Raja Shiva. Mesin tersebut musnah dan hancur.
Gendewa adalah senjata seolah-olah nuklear yang sehingga ke hari ini masih belum dapat dikenal pasti. Berdasarkan pembacaan luas saya, para arkeologi menemukan banyak sisa-sisa dan batuan yang telah hangus di Sungai Gangga, India. Suhu yang diperlukan untuk meleburkan batuan tersebut ialah 1800 darjah celcius. Lebih mengejutkan, hanya letupan nuklear sahaja yang mampu mencapai suhu sedemikian. Peristiwa ini jelas menunjukkan manusia pernah memasuki zaman nuklear lebih dari 6000 tahun yang lalu.
Masyarakat kuno dikatakan sangat berpengetahuan luas dalam sains dan teknologi kerana Vimana mempunyai corak penerbangan yang sangat luar biasa. Ia mampu muncul di beberapa tempat yang berbeza pada masa yang sama dan bercantum kembali membentuk satu mesin yang lengkap. Mesin ini mempunyai kelebihan yang ingin dibangunkan oleh ketenteraan moden. Tujuannya untuk mengelirukan musuh supaya mereka beranggapan terdapat banyak pesawat tempur yang berbeza sedangkan hanya ada satu. Teknologi sedemikian sangat berguna untuk kelengkapan tentera pada harini kerana mungkin ia juga dapat mengelirukan sistem radar pengesan musuh.
Kesimpulannya, penyelidikan dan penggalian yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi membuktikan bahawa manusia pernah maju terutama semasa zaman ‘Golden Age’. Manusia sudah pun memasuki abad teknologi nuklear.
Rujukan
SITI NABILA BINTI MOHAMAD FAUZI, N. B. (2017). Sumbangan Islam Pada Sains dan Teknologi. Retrieved from Blogspot: http://istech2017.blogspot.com/p/definisi-sains-teknologi_19.html