TANGGAPAN SAYA TERHADAP KURSUS PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
NAMA: NABILA BINTI ABD AZIZ
KAD MATRIK: A19HM0061
PROGRAM: UHIT 2302 – PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
KAUM: MELAYU
AGAMA: ISLAM
NEGERI: TERENGGANU
KELULUSAN TERDAHULU: SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
TANGGAPAN TERHADAP KURSUS PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI:
1. KANDUNGAN UTAMA
Kursus ini menjelaskan perkembangan pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban manusia sejak zaman klasik hingga kini. Kandungan kursus ini bermula dengan bab manusia dan pemikiran yang menjelaskan bagaimana manusia pada zaman klasik berfikir. Corak pemikiran mereka adalah berbeza kerana kemampuan manusia untuk melihat dan meneliti sesuatu perkara yang diluar jangkaan terbatas kerana tingkat teknologi yang rendah. Seiring dengan peredaran zaman, sains dan teknologi mula berkembang pesat dan telah mengubah cara manusia berfikir ke arah yang lebih intelek. Pemanfaatan sains dan teknologi secara tepat dapat mempermudah proses pemecahan pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupan seharian.
Selain itu, fokus utama adalah berkaitan dengan ekosistem pemikiran saintifik yang merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama. Agama akan memelihara manusia dari penyimpangan, kesalahan dan menjauhkannya dari tingkah laku yang negatif. Seterusnya, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. Banyak teknologi yang telah dicipta untuk memudahkan kehidupan seharian manusia. Antaranya ialah telefon pintar, kereta, dan pengangkutan awam.
2. RELEVANSI DENGAN BIDANG PENGAJIAN
Kursus ini sangat relevan dengan program pembangunan sumber manusia dan psikologi kerana saya turut mengetengahkan pemikiran sains dan teknologi dalam pembelajaran. Hal ini dapat dilihat, bidang psikologi juga mengkaji tentang tingkah laku dan pemikiran manusia sejak zaman klasik. Tingkah laku dan corak pemikiran manusia dipengaruhi oleh persekitaran dan peralihan masa. Sebagai contoh, teori Charles Darwin yang dikemukakan oleh saintis zaman klasik. Teori ini juga termasuk dalam silibus bidang psikologi.
3. JANGKAAN MANFAAT
Kursus tersebut banyak memberikan manfaat kepada kehidupan manusia sejak dari awal kemunculannya sehingga kini. Manusia sangat bergantung kepada kemudahan teknologi bagi mengurus semua kerja mereka dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti pembakar roti dan transit aliran ringan (LRT). Sains dan teknologi ini sudah menguasai global dengan berleluasa. Hampir setiap saat manusia menggunakan sains dan teknologi ini dan menyebabkan mereka boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Saintis-saintis terdahulu sangat gigih mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang sehingga ke hari ini menjadi rujukan dan sumber inspirasi cendekiawan-cendekiawan moden. Sains dan teknologi masih akan terus berkembang ke arah yang lebih baik dari tahun ke tahun untuk jangka masa yang panjang.
4. KOMITMEN DAN SUMBANGAN
Saya akan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang mempelajari kursus Pemikiran Sains dan Teknologi. Perhatian dan fokus yang diberikan sepanjang pensyarah mengajar perlulah mantap kerana banyak pendedahan yang diberikan oleh beliau mengenai isu-isu semasa dan realiti pemikiran manusia terhadap sains dan teknologi. Industri sains dan teknologi memerlukan idea baru dan segar daripada generasi-generasi muda yang bepotensi untuk meningkatkan kemajuan negara di mata dunia. Oleh itu, saya sewajarnya belajar bersungguh-sungguh untuk mendalami kursus ini agar dapat memberi sumbangan yang besar juga kepada keluarga, masyarakat, dan negara kelak.