UHIT2032-42 PORTFOLIO 2 SAINS DAN TEKNOLOGI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berdasarkan arahan tugasan Pemikiran Sains dan Teknologi UHIT2302-42, saya dikehendaki membuat analisis mengenai hubungan antara sains, teknologi dan kemanusiaan. Berikut adalah ulasan saya mengenai perkaitan antara sains, teknologi dan manusia.
- Maksud Sains dan Teknologi
Sains bermaksud sebuah proses pemgumluan ilmu dan maklumat. Perkataan sains ini berasal dari kata Latin iaitu scinetia. Sains merupakan satu proses di mana pengalaman memainkan peranan penting diikuti dengan mendapatkan fakta dan peraturan. Teknologi pula bermaksud pembangunan dan penggunaan alatan dan mesin untuk menyelesaikan masalah manusia. Perkataan teknologi berasal dari perkataan Greek iaitu technologia yang bermaksud pembelajaran dan kajian terhadap seni atau rekaan.
- Bagaimana evolusi hubungan antara sains dan teknologi dengan manusia terjadi
Evolusi penggunaan sains dan teknologi dikatakan semakin meningkat sejak kegemilangan tamadun purba sehinggalah zaman moden kini. Tamadun yang pertama menemukan sains dalam kehidupan sebagai manusia ialah zaman tamadun Greek Purba dan diikuti dengan Rom Purba. Pengaplikasian ilmu sains dan teknologi diteruskan di China dan India dan membangkit semangat cintakan ilmu semasa zaman kegemilangan Islam terutamanya zaman Abbasiyah. Selepas kejatuhan tamaduan Islam, sains digunakan semasa zaman Renaissance sekaligus menyebabkan wujudnya Revolusi Industri. Penerokaan sains dan teknologi yang berdaya saing menyebabkan terwujudnya masayarakat kini yang bergantung kepada teknolog sebagai medan untuk melakukan kegiatan.
- Dokumentari berkenaan sains dan teknologi dan huraian
Berdasarkan dokumentari BBC Science Documentary Ancient Egyptian Technology History Education Science 2015, episod 2 Teknologi peringkat tinggi, terdapat pendapat yang menyatakan teknologi telah ada sejak zaman purba lagi namun kemungkinan berbeza dengan sistem teknologi yang kita gunakan sekarang. Dari perspektif melihat kepada struktur pembinaan dari zaman Mesir Purba telah menimbulkan persoalan. Selama ini, kita menyangkakan zaman sekarang ialah zaman yang mempunyai ilmu dalam penerokaan teknologi peringkat tinggi dan teknologi sebegini tidak wujud pada zaman purba. Di dalam video ini, dikatakan ramai manusia cuba untuk memikirkan mengapa manusia pada zaman purba membina monumen yang yang terdiri daripada batu bersaiz besar. Menurut John Burke yang merupakan seorang jurutera biologikal menyatakan bahawa beliau cuba melihat kewujudan monument-monumen ini berasaskan perspektif elektromagnet dan mendapati terdapat sumber tenaga yang tidak dapat diukur. Terdapat bukti yang menyatakan teknologi zaman purba bagaikan ilmu teknologi yang telah hilang.
Carmen Boulter dari University of Calgary menyatakan kemungkinan masyarakat zaman purba lebih bijak dan berfikiran kritikal jika dibandingkan dengan kita. Sarjana ada berpendapat masyarakat Mesir Purba menggunakan kaedah meletakkan batu yang seberat 60 tan di sekeliling busa dan ditolak oleh binatang. Masyarakat kini tidak tahu kaedah teknologi yang sebenar yang dilakukan oleh masyarakat Mesir Purba namun cuba untuk memahami nilai dan kebudayaan yang diterapkan semasa Mesir Purba. Pengkajian tradisi Mesir menegaskan piramid yang kita lihat kini dibina oleh hamba demi memuaskan hati raja-raja tamadun Mesir Purba. Namun menurut Abd’el Hakim Awyan yang merupakan ahli arkeologi menyatakan tiada hamba yang ada semasa tamduan Mesir Purba dan mereka sukarela membina piramid.
Terdapat satu kontroversi di mana salah satu batu jatuh dari kuil Abydos dan yang membuka mata masyarakat moden kini adalah apabila terdapat imej yang merupai helikopter dan kapal selam. Pihak Mesir menegaskan terdapat beberapa tuilsan hieroglif yang bertindih kerana ukiran disebabkan berlainan raja. Di kawasan Mesir Purba juga ditemui artifak yang sama seperti bateri Baghdad yang menjana tenaga elektrik yang sederhana. Bateri Baghdad terdiri daripada mangkuk seramik, tuib tembaga dan rod besi. Bateri ini berfungsi apabila cecair asid dituang ke dalamnya untuk mengahsilkan cas elektrik. Para masyarakat Mesir Purba telah mendokumentasi kewujudan bateri yang seumpama bateri Baghdad di dinding. Objek seperti mentol juga dijumpai di ukiran dinding di bawah tanah Dendera. Namun tiada mentol ditemui dan begitu juga jelaga sekiranya menggunakan obor. Persoalan yang timbul adalah adakah tamadun Mesir Purba mempunyai sumber tenaga elektrik.
Masyarakat moden membuat andaian bahawa tinggalan struktur purba dibina untuk tujuan agama dan istiadat. Piramid yang kita tahu sekarang merupakan makam untuk firaun tetapi yang menjadi keraguan tiada mumia dijumpai dalam Great Piramid. Para penyelidik mengakui terdapat tinggalan seakan keranda batu yang diperbuat daripada tembaga dan granit namun masih berpendapat piramid digunakan untuk tujuan lain. Dikatakan terdapat sumber tenaga yang tidak diketahui oleh mayarakat kini digunakan oleh tamadun Mesir Purba. Untuk menjana tenaga demi memajukan tamadun purba, tidak mustahil masyarakat akan rela hati untuk menyumbang kepada kemajuan dalam penjanaan tenaga.
Monumen gergasi dibina di serata dunia yang berkemungkinan mempunyai tujuan tersendiri seperti Stonehenge di England dan Tikal di Guatemala. Yang menjadi persoalan adakah lokasi pembinaan monumen gergasi ini dibina secara rawak atau disengajakan. Terdapat banyak kajian telah dilakukan di monumen-monumen gergasi di seluruh dunia dan didapati monumen ini dibina diatas permukaan tanah, berlainan dengan pembinaan bangunan pada zaman sekarang yang memerlukan substruktur yang terdiri daripada tunggul dan lapisan bawah tanah. Pembinaan monumen ini menumpukan perhatian kepada teori turun naik medan elektromagnetik bumi yang berlaku secara harian di setiap tempat. Terdapat pertembungan garisan tenaga elektormagnetik dah menghasilkan cas elektrik dan anehnya di pertembungan garisan wujudnya monumen gergasi. Para geologi menggelarnya kekonduksian tidak berterusan. Tamadun Purba seolah telah menemui sains mengenai medan elektromagnetik dan menggunakannya sebagai alat teknologi untuk menyalur tenaga demi kepentingan seperti mentol sebagai sumber cahaya.
Great Piramid di Giza dulu pernah disalut dengan batu kapur yang digilap menghasilkan permukaan yang licin dan rata. Penebat juga ditemui dalam piramid tersebut. Dalam piramid pula, dolomite sebagai mineral yang menggandakan konduksi elektrik digunakan sebagai lapisan dalam piramid. Dinding di sepanjang terowong bawah tanah pula diselaputi dengan granit. Granite merupakan bahan yang terdiri daripada besi dan kristal yang merupakan bahan konduktor yang baik. Bahan konduktor ini menyebabkan tekanan terhadap quartz dan mengionkan udara di dalam piramid dan mencipta reaksi kimia yang akan meninggikan konduktiviti. Gipsum yang berasaskan mortar yang digunakan semasa pembinaan piramid mampu menanggung quantiti tekanan yang lebih kuat daripada blok-blok piramid. Dawai tembaga juga ditemui dalam ruang rahsia yang dimeterai dan pembuatan arahan bersama diagram pendawaian di atas lantai berkemungkinan menjadi bilik yang berpotensi menghasilkan pengeluar tenaga elektromagnetik. Kedudukan piramid yang berhampiran dengan sungai Nil berpotensi menggunakan air dari sungai dan mengalir ke atas permukaan piramid. Teori yang digunakan ialah aksi kapilari di mana air akan mengalir berlawan arus, naik ke atas piramid Giza. Air dari sungai Nil mengalir ke piramid Giza melalui terowong bawah tanah. Pengaliran air ke atas permukaan rata batu kapur menyebabkan gegaran ke atas piramid dan sekaligus daya tenaga eletrik dapat dihasilkan.
Apa yang saya boleh konklusikan ialah kemajuan sains dan teknologi telah ada semasa zaman Mesir Purba dan tengaa elektrik yang diperoleh digunakan untuk aktiviti tamadun demi kelangsungan hidup. Misalnya penyaduran emas untuk dihiaskan di atas keranda mumia memerlukan tanaga elektrik untuk mencairkan emas dan menyalut objek. Pembuatan duit syiling daripada emas juga memberangsang kelangsungan sesebuah tamadun.
Sekian itu sahaja ulasan daripada saya. Terima kasih.