UHIT2302 Pemikiran Sains dan Teknologi

Tanggapan terhadap Pemikiran Sains dan Teknologi

  1. Tanggapan terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi dari sudut kandungan utama

Kemajuan ilmu dalam aspek sains dan teknologi bermula daripada peningkatan daya pemikiran di mana pemikiran manusia semakin bertambah kritis dan kreatif selari dengan peningkatan zaman. Berdasarkan kandungan utama kursus ini, saya akan mendapat gambaran ilmu sains dan teknologi mengalami evolusi sepanjang zaman sejak zaman klasik, zaman pertengahan dan zaman moden. Perkembangan sains dan teknologi ini merupakan pengaplikasian ilmu yang mantap demi kepentingan manusia sejagat dalam mengekalkan dan memajukan ekosistem.

  1. Relevansi dengan bidang pengajian

Saya merupakan pelajar tahun pertama kursus Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia di UTM. Kursus sains dan teknologi ditawarkan sebagai subjek elektif universiti. Pada pendapat saya, penawaran kursus ini adalah relevan dengan bidang yang saya pelajari. Secara kasarnya, pengaplikasian sains dan teknologi tidak akan meningkat dengan berkesan sekiranya menepikan sains sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan insaniah penting untuk pembangunan lahiriah yang unggul.

  1. Jangkaan manfaat

Perkembangan sains dan teknologi akan terus maju selari dengan peningkatan nilai-nilai moral dari aspek mental dan emosi individu. Perkembangan sains dan teknologi bakal membawa kesan positif sekiranya mengamalkan penggunaan teknologi dengan beretika dan inovatif seperti penciptaan alat yang mempunyai pelbagai fungsi.  Sains dan teknologi juga berpotensi untuk disalahgunakan dan membawa kesan buruk. Hal ini berlaku sekiranya sekelompok manusia mengabaikan fitrah manusia dan jiwa dan mementingkan perkembangan lahiriah sahaja. Sebagai contoh, pengklonan manusia berpotensi dilakukan namun perkara ini menyalahi fitrah manusia yang hanya dicipta oleh Tuhan sahaja.

  1. Komitmen dan sumbangan

Dengan mempelajari ilmu sains dan teknologi, diharapkan saya bersedia menempuh zaman revolusi industri keempat di mana dijangkakan sumber tenaga manusia akan berkurang namun dianggarkan pasaran berkaitan bidang sains sosial akan meningkat bagi memastikan perkembangan sains dan teknologi ditingkatkan.