[MINGGU 1]-Pengenalan Kepimpinan dan Komuniti UKQR2012
Kursus ini membincangkan pengetahuan asas Kepimpinan dan Komuniti dan perlaksanaan terhadap aktviti kesukarelawanan. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan takrifan kepimpinan dan kesukarelawanan, persiapan diri, isu global, dan kesihatan, serta pembangunan mental dan semangat kesukarelawanan. Ini memberi kesan kepada pembangunan motivasi dan kepimpinan. Kursus ini dijalaankan dengan pembelajaran servis yang mana pelajar perlu mempraktikan pengetahuan kepimpinan dan sains kesukarelawan untuk menjalankan projek pembangunan komuniti dalam skop yang bersesuaian. Disamping itu juga memerlukan mempamerkan kemahiran kepimpinan. Dan kerja secara berpasukan untuk melaksanakan kerja-kerja kesukaralawan terhadap komuniti. Pelajar dijangka akan mendapat pengalaman secara praktikal berkaitan dengan aktiviti tersebut dengan memberi maklum balas kepada isu komuniti setempat. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan orgenasasi lain yang membantu menjayakan projek komuniti tersebut dalam pelbagai bentuk termasuk mendapat sumber kewangan. Pelajar diharapkan akan dapat dibentuk dalam melahirkan graduan UTM yang holistik dan berguna kepada masyarakat, agama dan negara.
[MINGGU 1]-Penerapan kemahiran generik melalui kursus UKQR2012
Antara kemahiran generik yang dapat diterapkan kepada pelajar melalui kursus UKQR2012 ini adalah seperti berikut:
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
- Kepimpinan
- Kerja Berpasukan
- Perhubungan Awam
- Etika dan Moral
- Penajaan/Keusahawanan
[MINGGU 2]-Skop pengajaran dan pembelajaran
Berikut adalah merupakan skop pengajaran dan pembelajaran bagi subjek UKQR2012-Kepimpinan dan Kemasyarakatan;
[MINGGU 2]-Tujuan pembelajaran
Tujuan utama Service Learning adalah untuk membolehkan mahasiswa mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara langsung dan tidak langsung. Objektif penawaran kursus Service Learning adalah seperti berikut:
- Pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik kuliah.
- Membolehkan universiti melalui pelajar memberi sumbangan sosial kepada masyarakat dan pembangunan negara.
- Melahirkan pelajar yang patriotik, prihatin dan bertanggung- jawab terhadap masyarakat dan negara.
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah terpuji dan kepimpinan yang berkualiti.
- Melatih pelajar secara amali dengan melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat.
[MINGGU 3]-Konsep pelaksanaan pembelajaran servis
Pelaksanaan kursus service learning adalah berasaskan kepada pelaksanaan program secara bersama dan muafakat di antara kelompok mahasiswa dan komuniti. Kedua-dua kelompok ini seterusnya akan bersama-sama melestarikan dan membudayakan pengisian kursus service learning untuk kemajuan kelompok komuniti tersebut. Bagi mencapai hasrat tersebut, Service Learning ini perlu memiliki ciri-ciri khusus seperti berikut:
- Aktiviti kemasyarakatan yang memberi impak kepada suatu kumpulan komuniti.
- Mempunyai perancangan dan kajian rintis dalam mengenalpasti masalah.
- Membantu menyelesaikan masalah setempat dan kumpulan sasaran.
- Pelajar ‘bekerja bersama’ dengan masyarakat.
- Menjadi pemangkin dalam membudayakan program atau aktiviti yang dirancang sama ada jangka panjang atau jangka pendek.
- Melibatkan proses penilaian yang boleh mengukur ketrampilan dan kemahiran insaniah pelajar.
- Penglibatan pelajar pelbagai jurusan/bidang/ fakulti
- Pengisian kursus
- Refleksi
[MINGGU 3]-Pembelajaran servis dan sains kesukarelawanan
Sains Kesukarelawan/Service Learning/Pembelajaran Servis merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan mahasiswa UTM melalui penglibatan diri dalam program kemasyarakatan yang bermanfaat.
Sains Kesukarelawan/Service Learning membolehkan mahasiswa menyumbang kepada komuniti di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di kelas diadaptasikan di lapangan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan masyarakat setempat. Sains Kesukarelawan/Service learning juga merupakan kursus yang dapat mengekalkan hubungan dan memberi bantuan khidmat masyarakat secara berterusan sehingga kelompok komuniti itu mendapat manafaat daripada ilmu yang disampaikan seterusnya dijadikan amalan seharian.
[MINGGU 4]-Sumbangan pembelajaran servis kepada masyarakat
Selain bermanfaat kepada mahasiswa, kursus Service Learning ini juga dapat memberi impak yang positif kepada komuniti. Antara sumbangan Service Learning kepada komuniti adalah:
- Membantu meningkatkan taraf sosial dan fizikal masyarakat
- Menyebarkan dan membudayakan ilmu di dalam kelompok masyarakat
- Meningkatkan taraf kehidupan, kesihatan dan keselesaan masyarat sekeliling UTM
- Memperbaiki kemahiran insaniah dan memperkembangkan modal insan
- Mengukuhkan peradaban dan budaya masyarakat
- Memberi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dan ekosistem
- Membantu golongan remaja dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, pembentukan sahsiah, kemahiran generik dan kemahiran hidup.
[MINGGU 4]-Pengenalan baja kompos
Baja kompos adalah merupakan satu baja yang terjadi apabila bahan organik melalui proses pereputan secara semulajadi. Proses ini akan menghasilkan bahan yang kaya dengan nutrien atau "humus" yang dilakukan oleh organisma dalam tanah seperti cacing, semut, bakteria dan kulat.
Semua bahan organik termasuk sisa-sisa makanan kita dan tumbuh-tumbuhan boleh menjadi kompos.
[MINGGU 5]-Kelebihan baja kompos
Antara kelebihan baja kompos ialah:
- Kos yang lebih murah
- Tidak merosakkan tanah seperti baja kimia (baja urea), malah meningkatkan kesuburan tanah
- Membersihkan halaman rumah dan kampung kerana penggunaan bahan buangan
- Memberi makanan kepada cacing tanah lalu menggalakkan pembiakannya
- Meningkatkan aktiviti mikrobiologi
- Nilai komersial baja kompos yang tinggi
[MINGGU 6]-Bahan-bahan pembuatan baja kompos
Antara bahan-bahan pembuatan baja kompos ialah:
- E.M (Effective Microorganism)
- "Molasses" atau manisan yang dibuat daripada buah-buahan yang dihancurkan, tidak boleh masam malah kena manis seperti pisang dan gula melaka
- Tinja binatang
- Air
- Cecair "anti-chlorine"
- Daun kering/ jerami padi/ serbuk kayu
- Tanah atau jerami padi/ sampah yang dibakar
[MINGGU 7]-Penggunaan "Effective Microorganisms" di dalam pembuatan baja kompos
Rajah dibawah menerangkan pengaplikasian E.M di dalam pembuatan baja kompos.
[MINGGU 8]-Proses pembuatan baja kompos
Pautan video YouTube untuk cara pembuatan baja kompos:
https://www.youtube.com/watch?v=TpnZ_g9_BUM
Langkah-langkah pembuatan baja kompos:
- Sediakan tapak seluas 3 kaki lebar
- Letakkan ranting kayu untuk dijadikan dasa kompos yang kukuh
- Masukkan jerami padi bakar dan siramkan air campuran E.M
- Masukkan sisa makanan dan ternakan
- Ulangi proses 3 dan 4 sehingga ketinggian kompos mencapai tahap 3 kaki
- Tutup permukaan kompos dengan plastik/kanvas
[MINGGU 8]-Carta alir proses pembuatan baja kompos
[MINGGU 9]-Amali baja kompos
Daun-daun kering adalah merupakan antara elemen yang penting dalam pembuatan baja kompos
Pembuatan baja kompos di laman CCSL UTM. Untuk penghasilan baja kompos, kadar pencahayaan memainkan peranan penting untuk baja kompos menjadi sebuah
Kepilan nota rujukan
-
Download PENGENALAN KESUKARELAWAN BAJA KOMPOS SABAH 2017.pptx.1
PENGENALAN KESUKARELAWAN BAJA KOMPOS SABAH 2017.pptx.1 Details
- Wednesday, 17 July 2019 [20.3MB] -
Download SERVICE LEARNING 2018 20192.pptx
SERVICE LEARNING 2018 20192.pptx Details
- Wednesday, 17 July 2019 [5.7MB]