UHIT2302-38 (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

TUGASAN E-PORTFOLIO 1-PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Tanggapan Terhadap Kursus Pemikiran Sains Dan Teknologi

  1. Kandaungan Utama

 

Tanggapan saya tentang kandungan utama kursus ini ialah ia dapat membuka mata kita sebagai seorang pelajar bahawa hubungan manusia dengan sains dan teknologi amatlah penting. Selain itu, setiap kandungan dalam kursus ini memberikan objektif yang berlainan supaya pelajar dapat meningkatkan pemikiran  yang lebih matang mengikut peradaban zaman.

 

  1. Relevansi Dengan Bidang Pengajian

 

Sebagai seorang pelajar, kursus ini amat relevan menjadi silibus yang dipertengahkan di Universiti kerana ia dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran jauh dan lebih matang agar boleh diguna pakai pada masa akan datang seperti pada alam pekerjaan.

 

  1. Jangkaan Manfaat

 

Saya berharap agar di akhir pembelajaran kursus ini, saya akan dapat memahami setiap kadungan yang diajarkan dalam kursus ini. Selain itu, saya juga berharap akan menjadi manusia yang lebih berfikiran jauh agar dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian saya.

 

  1. Komitmen Dan Sumbangan

 

Saya akan memberikan segala komitmem mengikut kemampuan saya pada setiap tugasan yang diberikan dalam kursus ini agar dapat mencapai objektif kursus ini dan sentiasa memberikan yang terbaik dan kelainan pada setiap tugasan. Kesimpulannya, saya berharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan menerangkan kepada mereka bahawa kursus ini amatlah penting kepada kehidupan setiap manusia.