UHIT2302-38 (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

E-PORTFOLIO 2

DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI

       Teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapai tujuan praktikal, ilmu pengetahuan yang dapat diterjemahkan sebagai keseluruhan cara untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi memudahkan kehidupan seharian manusia. Secara ringkas, teknologi memberi keselesaan kepada individu yang menggunakan telefon bimbit, mesian cetak dan computer. Sains merupakan satu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dari sekitar dunia dan menyusunnya menjadi suatu ilmu yang baharu.

 

       Sains juga juga boleh ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Selain itu, sains juga adalah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau keperluan semata-mata seperti ilmu fizik, ilmu biologi dan ilmu kimia. Seterusnya, teknologi juga boleh diperkatakan seperti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri,pertanian,perubatan dan perniagaan. Teknologi juga adalah kaedah atau proses menangani sesuatu masalah sesuatu masalah teknikal.

HUBUNGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN MANUSIA MENGALAMI EVOLUSI

       Evolusi sains iaitu perkembangan sains adalah satu topik yang sangat menarik kerana anda berpeluang memahami perkembangan sains secara ilmiah. Pada umumnya, evolusi sains telah melalui beberapa tahap dari segi sejarah sains iaitu Sains Yunani, Sains Islam dan Sains Barat Moden. Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

 

       Sains dan Teknologi sentiasa berkembang sepanjang masa. Manusia memulakan tamadun mereka dari enjin stim, elektrik, pengangkutan udara, internet, hingga berjuta-juta perisian dan perkakasan yang memudahkan aktiviti manusia itu sendiri, sama seperti realiti yang sedang anda saksikan. Terutama pada masa ini kita sudah biasa dengan teknologi robotik yang boleh berfungsi dan bergerak seperti aktiviti manusia setiap hari. Kita sudah memasuki era Kecerdasan Buatan (AI) dan termasuk kombinasi sains dan teknologi, anda boleh memanggilnya Rangkaian Neural Buatan. Robot dapat memahami arahan melalui susunan algoritma yang kompleks yang direka oleh manusia. Sistem saraf buatan dibuat melalui model algoritma kompleks dan berjaya dilaksanakan dalam robot. Akibatnya robot dapat memahami, menjelaskan, sensitif terhadap situasi, termasuk perasaan emosional pada saat-saat tertentu. Sebagai contoh, di negara-negara yang moden masa kini mereka hanya mengunakkan teknologi robot untuk menghasilkan sesuatu seperti di kilang. Selain itu, mereka juga menggunakan robot dalam bidang perubatan mereka seperti teknologi X-ray, MRI dan sebagainya.

TEKNOLOGI PURBA DI MESIR

       Sepanjang ribuan tahun yang berkembang pesat, orang purba mesir mungkin merupakan tamadun yang purba yang paling maju di dunia dan banyak sejarah yang berlaku disana. Banyak perkara yang mereka lakukan dahulu mustahil untuk dilakukan semasa zaman dahulu keran tiada teknologi yang membantu tetapi mereka membuktikan mereka mampu melakunya menjadi kenyataan.

 

       Apa yang boleh dirumuskan dari dokumentari teknologi purba di mesir adalah teknologi mereka pada zaman itu membuktikan mereka adalah yang mencipta kaedah membajak. Pada zaman itu bajak jelas dibina dengan menggunakan alatan tangan yang diubah suai. Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya lukisan di dinding yang menunjukkan lakaran empat orang lelaki bersama-sama menarik bajak di padang. Bajak telah menjadi satu revolusi dalam bidang pertanian di mesir dan banyak memudahkan tugas masyarakat ketika itu.
Selain itu, Kecanggihan yang dicapai oleh ahli-ahli fizik di zaman Mesir purba amat mengagumkan. Banyak hasil penemuan yang menghairankan ahli-ahli arkeologi kerana tiada sejarawan yang menjangka teknologi tinggi seperti itu dari peradaban yang wujud dalam tahun 3,000. Analisis X-ray ke atas mumia mendapati bahawa pembedahan otak telah dilakukan di zaman Mesir purba. Tambahan pula, operasi tersebut dilaksanakan dengan menggunakan teknik-teknik yang lebih profesional. Apabila tengkorak mumia yang menjalani pembedahan diperiksa, didapati bahawa pemotongannya telah dilakukan dengan kemas. Tulang tengkorak yang kembali bercantum membuktikan yang pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan tersebut.

 

       Seterusnya, pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba telah berjava mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Pengetahuan dalam bidang astronorni dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

 

       Akhir sekali adalah sistem teknologi untuk membina piramid yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Mengikut sejarah piramid terbesar dikenali sebagai Great Pyramid yang telah di bina pada zaman firaun Khufu pada abad ke 2550 masihi. Menurut para saintis, kira-kira seramai 20,000 pekerja telah digunakan untuk membina Great Pyramid dan tempoh masa pembinaannya adalah selama kira-kira 20 tahun. Piramid-piramid yang ada semuannya menggunakan batu yang besar dan sangat berat iaitu untuk membina Great Pyramid sahaja ia menggunakan hampir 2.3 juta bongkah batu dimana beratnya hampir 2.5 hingga 15 tan.