Science and Technology Thinking (STT)

Tanggapan Saya

Page ini menyatakan tanggapan saya terhadap kursus Pemikiran Sains dan Teknologi.
Kandungan di dalam page ini berdasarkan penyelidikan dan tanggapan sejujurnya terhadap Kursus ini.
Kandungan ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan kesedaran terhadap setiap yang membaca.

1) Kandungan Utama

  • Kursus ini menerangkan perkembangan sains dan teknologi sejak zaman bermulanya peradaban manusia sehingga kini.
  • Tumpuan utama kursus PST adalah untuk menyiasat hubungkait antara manusia dan agama, kepentingan sistem nilai dan etika, serta peranan sains dalam kehidupan. 
  • Kursus ini juga membincangkan tentang manusia dan pemikiran, perkembangan ilmu dan zaman pertengahan, ekosistem keilmuan islam, agama dan pemikiran sains dan teknologi, serta sebagainya.
  • Kandungan utama kursus PST bersesuaian dengan pembelajaran dan persediaan menuju kedewasaan.
Details

2) Relevansi dengan Bidang Pengajian ( Sains Komputer )

  • Kursus ini mempunyai perkaitan terhadap bidang pengajian memandangkan sains komputer merupakan perubahan yang dibawa daripada permulaan evolusi dari zaman pemodenan.
  • Adaptasi terhadap perubahan semasa terutamanya terhadap mesin dan teknologi penting bagi menyelami dengan lebih dalam terhadap bidang sains komputer.
  • Pengajaran PST dengan sains komputer juga mempunyai objektif dan manfaat yang sama; bagi melahirkan generasi yang dapat memajukan negara.
Details

3) Jangkaan Manfaat

  • Dapat menjangka dan merancang kerjaya selepas tamat pengajian.
  • Mempunyai daya pemikiran aras tinggi yang membantu meberi sumbangan terhadap industri.
  • Yakin dengan pendirian dan tidak gentar dengan ujian dan cabaran hidup.
  • Mendekatkan diri dengan agama Islam dan lebih mengagumi akan ciptaan Allah dan kekuasaan-Nya.
Details

4) Komitmen dan Sumbangan

  • Menceburi dan mengikuti setiap tugasan dan pelajaran yang disediakan.
  • Menyumbang idea bagi mempromosikan kepentingan mempelajari kursus PST.
  • Tidak mensia-siakan pengetahuan yang diberikan oleh Dr. Sulaiman bin Kadikon dengan berusaha untuk mencapai impian dan tujuan memasuki bidang pengajian ini.
Details

Title

Aktiviti Dalam Kuliah

projek individu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Sulaiman bin Kadikon

User Details

Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM