Science and Technology Thinking (STT)

Hubungan Antara Sains, Teknologi dan Kemanusiaan

Aktiviti Dalam Kuliah 2

Page ini mengandungi konteks secara general membabitkan hubungan antara sains, teknologi dan kemanusiaan.
Kandungan definisi, pernyataan sebab dan huraian dokumentari merupakan penyelidikan dari beberapa sumber.
Dinyatakan rujukan dari pelbagai sumber.

1) Definisi Sains dan Teknologi

Maksud Sains - suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Sains secara umumya bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling namun menjadi salah satu cabang ilmu pengetahuan yang bersumberkan kebenaran dan penyelidikan.

Maksud Teknologi - boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang memberikan manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian ( dari segi industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain). Teknologi bertujuan menghasilkan sesuatu yang sempurna tetapi kebiasaanya penciptaan teknologi yang baru hanya menyelesaikan masalah yang khusus bahkan menghasilkan punca masalah yang lain.

2) Hubungan Sains dan Teknologi dengan Evolusi Manusia

Perkembangan sains dan teknologi amatlah dipengaruhi oleh evolusi manusia itu sendiri. Dari segi perlakuan, perspektif dan gaya hidup berubah mengikut peredaram masa itu sendiri. Oleh itu, bentuk dan pengunaan suatu teknologi berdasarkan mengikut segi yang dinyatakan. Namun, perkara ini tidak menjejaskan pemahaman definisi dan takrifan teknologi selagi tujuannya memudahkan manusia dalam kehidupan seharian.

       Selain itu, masa peruntukan untuk penghasilan teknologi baharu berkait dengan manusia mengalami evolusi. Semakin matang dan berpengetahuan dalam melakukan sesuatu pekerjaan tertentu, manusia akan terdorong mencipta suatu penyelesaian mengikut zaman.

DOKUMENTARI: Hidden Ancient Technology - Secret Science of the Gods and Atlantis - Rediscovered history

3) Ulasan Dokumentari

Video dokumentari ini mengulaskan tentang teknologi-teknologi terdahulu yang serba moden namun telah hilang ilmu pembuatannya.  

"Kebenaran bukan untuk semua orang, tetapi hanya kepada yang mencarinya." 

- Ayn Rand

Pernyataan pada permulaan video berkait dengan keseluruhan cerita mengenai pengembaraan pengulas yang mahu menelusuri jawapan kepada persoalan-persoalan dalam hidupnya. Pengulas bercadang mengadakan penerokaan di sebuah bandar dikenali sebagai Dwarka. Dwarka ialah sebuah bandar dan perbandaran dalam daerah Jamnagar di negeri GujaratIndia. Diketemui di Dwarka satu bandar tenggelam sebesar dua bandar Manhattan dan artifak-artifak yang telah diekstrak dan belum diekstrak.

       Penemuan duit syiling membuktikan terdapat urusan perdagangan pada zaman dahulu kala. Mudah dijumpai, batu-batuan dipinggiran pantai yang mengandungi tulisan dan bentuk yang unik seperti telah diukir. Kejadian astronomi juga ditaksirkan dalam sebuah buku berjudul Mahabharata tentang komet, planet-planet serta gerhana matahari dan bulan. Tambahan pula, ada diceritakan peperangan di antara dua pihak yang di mana kedua-duanya menggunakan tungganan (kenderaan) terbang diikuti senjata dari langit sehingga menerangi malam. Perkara ini boleh digambarkan pada masa kini sebagai perang di udara menggunakan pesawat-pesawat dan jet pejuang serta peluru berpandu sebagai senjatanya.

       Namun, misteri tersebut masih belum terungkai kebenaran dan penjelasan. Pengkajian dan penggalian merungkai sejarah di Dwarka telah diberhentikan atas faktor politik. Pengulas percaya bahawa sejarah masa dahulu berhubung kait dengan masa akan datang.

Mengenai Dwarka

Details

Prof Madya Dr Sulaiman bin Kadikon

User Details

Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM