Science and Technological Thinking

Pemikiran Sains dan Teknologi E-Portfolio 1

1. Pemikiran Sains dan Teknologi mempunyai silibus yang menarik kerana subjek tersebut menekankan nilai dan etika selain dari unsur-unsur sejarah yang dapat membantu para pelajar untuk mempelajari sesuatu dari segi moral dan sosial.

2. Subjek ini relevan dengan bidang pengajian kerana ia mengajar berkaitan unsur nilai dan etika. Unsur ini sangatlah penting walau dalam apa jua bidang yang wujud kerana ia merupakan faktor utama dalam hubungan sesama manusia.

 

3. Saya berharap subjek ini dapat memberi manfaat dengan menjadikan saya manusia yang lebih baik dengan mengajar saya mengenai nilai-nilai yang terdapat ketika melakukan sesuatu perkara.

 

4. Saya berharap dapat memberi komitmen yang tinggi ketika di dalam kelas agar mendapat input yang berguna. Selain itu, saya berharap dapat menyumbang kepada masyarakat dari segi sains dan teknologi serta baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan terutamnya dari segi pembangunan sains dan teknologi.