Science and Technological Thinking

E-portfolio 2

Sains dan Teknologi

1. Sains dan teknologi termasuklah pengajian mengenai sains, teknologi dan perkaitan dan interaksi antara kedua-dua subjek tersebut.  Sains merupakan satu bidang yang menyusun dan mengklasifikasikan ilmu-ilmu ke dalam banyak bidang seperti biologi, fizik, kimia dan sebagainya dalam bentuk penerangan dan mengenai alam semulajadi dan alam semesta.   predictions about nature and the universe. Teknologi pula ialah pemgumpulan teknik-teknik dan proses yang digunakan dalam pembuatan barang atau servis ataupun cara untuk mencapai sesebuah objektif seperti uji kaji saintifik mahupun kehendak pengguna.

 

2. Sejak dari zaman dahulu lagi manusia berkerja keras dan bersungguh-sungguh bagi memajukan bidang sains dan teknologi. Hal ini kerana manusia ingin menjadikan kerja-kerja mereka menjadi lebih senang. Sebagai contoh, pada zaman dahulu orang hanya boleh berkomunikasi menggunakan asap dengan jarak yang amat dekat. Tetapi pada masa kini, banyak teknologi telah dicipta seperti telefon, internet dan sebagainya yang membolehkan kita untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan sangat cepat dan efisien walaupun dengan jarak beribu kilometer di negara lain. Sains juga berkembang dengan peningkatan teknologi ini. Peningkatan teknologi telah mencipta pelbagai alat yang boleh membantu perkembangan sains seperti mikroskop, teleskop, alat mengukur radiasi dan sebagainya yang sangat banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu sains.

 

3. Video yang bertajuk "Hidden Ancient technology - Secret Science of The Gods and Atlantis - rediscovered history" menceritakan mengenai teknologi-teknologi yang munngkin terdapat pada zamana dahulu. Sesetengah teknologi ini mungkin lebih maju berbanding teknologi yang wujud pada zaman ini. Perkembangan teknologi telah wujud sejak beribu tahun yang lalu dan wujud satu tamadun yang telah mencipta banyak teknologi yang canggih.