UHIT2302-34 PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (SCIENCE AND TECHNOLOGY THINKING)

Pemikiran Sains dan Teknologi RSS

Refleksi terhadap penghasilan video bertajuk "Adakah kereta elektrik lebih bagus dari kereta petrol"

Dari perbincangan ini, saya mendapati bahawa penggunaan kereta elektrik semakin meningkat dan kereta petrol juga mendapat kritikan buruk akibat kesan yang dibawa oleh kereta petrol. Kereta elektrik tidak menggunakan minyak petrol seperti apa yang digunakan oleh kereta petrol kerana kereta elektrik menggunakan sumber elektrik untuk menjalankan enjinnya. Dengan fakta-fakta yang telah pun dikumpulkan, dapat saya jelaskan bahawa kereta elektrik dapat mengurangkan pengeluaran asap kereta dan tidak menghasilkan gas-gas tercemar yang dapat menipiskan lapisan ozon. Walaupun kereta elektrik lebih mesra alam, akan tetapi kereta elektrik lebih mahal dan lagi susah untuk mendapat tempat pengecas kereta elektrik.

Refleksi terhadap subjek Pemikiran Sains dan Teknologi

Pada tanggapan saya, subjek Pemikiran Sains dan Teknologi dapat melahirkan seorang pelajar yang ingin tahu tentang perkembangan sains dan hubungannya antara manusia dan agama. Jika dikaitkan dengan bidang saya iaitu Kejuruteraan Data, kandungan subjek ini dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dalam pelajar. Ini dapat membantu kami untuk menghasilkan idea dan solusi yang bernas dakam menuju dunia Industri 4.0. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat memanfaatkan terutama anak-anak muda supaya mereka tidak berhenti untuk cuba menyumbang tenaga dalam dunia Sains dan Teknologi hingga fasa pekerjaan mereka. Kesimpulannya, anas muda zaman kini merupakan aset penting kemajuan negara pada masa hadapan dan kiyta perlu meningkatkan taraf pemikiran yang relevan sebagai sumbangan terhadap negara.

Details